Tuesday, December 31, 2013

Terima Kasih 2013 ! ^_^

Assalammualaikum anak-anak didik sekalian. opsssss salah salah. rerakan bloggers sekalian. bertemu kita lagi eh. nampaknya meow hanya mampu menulis pada awal bulan disember  dan akhir bulan disember ini. hanya dua entry. kenapa meow malas sangat nak update ? errr dah memang malas. hehe ^_^

okay rerakan sekalian. hari ini 31 disember 2013. maka, akan berakhirnya angka 2013 terpapar pada skrin handphone, laptop, komputer, bangunan2 dan papan2 tanda. dan, semakin kuranglah kekerapan kita menyebut angka 2013. macam yang terjadi pada tahun 2012 dan yang kebawah. hehe

oleh itu, banyak benda yang telah terjadi dan tak mampu diputarkan semula. sepanjang tahun 2013 ini, banyak yang meow lalui dan semestinya anda semua pun sama. walaupun meow tak berapa nak ingat dah. hehe

jadi, apa yang meow nak kongsikan ? jum jum !

mari bercerita tentang berat badan. hehe
tahun ini meow rasa meow mencapai berat badan yang maksimum dalam hidup ini.
sob sob sob.
tapi, apa nak dikesalkan sebab itu tandanya rezeki makan itu sentiasa ada. Alhamdulillah. 

\

 bam bam bam 


see. badan meow dah naik mendadak. hahaha

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

tahun ini juga, meow telah menjadi artis buat seketika. haha
jadi artis untuk tugasan akhir semester yang lepas. 
siap sewa homestay untuk sesuaikan dengan jalan cerita.
alhamdulillah penat lelah terbayar apabila my team menang video dan persembahan terbaik

  

hasil video drama my classmate.
my team punya bertajuk "Aku Mahu Popular"



rehat sebentar sementara nak shoot next scene.


one of the scene dalam cerita Aku Mahu Popular.


my superb team ! the only kumbang remain. hehe


with tuan rumah. superb experiences !

@@@@@@@@@@@@@@@@@

tahun ini juga, meow telah menyambut hari kelahiran meow yang ke 21. haha
dan pensyarah meow belanja lunch kat pizza hut.
yummy yummy !!!


petangnya pulak, meow kena prank ngn classmate meow. adoiii gila la.
yes ! prank itu simple tapi 90% berjaya prank tu
cemerlang lakonan diorang ! hahaha


teruk teruk diorang ni. hahaha


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

tahun 2013 ini juga meow dan keluarga telah berpindah rumah.
tak jauh laaaa. taman sebelah je. hihihi


rumah lama meow. kini tidak lagi di sini. hihihi
rumah baru tak sempat nak snap. hehe


@@@@@@@@@@@@@@@@@

pada tahun 2013 ini meow kembali aktif dalam salah satu sukan kegemaran meow. hehe
oleh itu, meow dengan mengada-ngadanya telah mewakili akademi meow (APB) utk acara ini di Festival Sukan antara Fakulti UiTM 2013 (SAF2013).
"walhal sah2 aku akan kalah"
hihi tapi setidak2nya meow cuba dan mampu menyumbang mata penyertaan. hihi
sukan apa ??

inilahhhhh


hehe sukan apa ?
kbaii


Sunday, December 1, 2013

To Much Story To Tell

Assalammualaikum anak-anak didik sekalian. hehe. sudah lama tidak menconteng kat sini. meow menghilangkan diri selama sebulan kot. ntah la. ke lebih sebulan ? hehe

takpe takpe rileks2. hehe. meow sudah kembali hari ini tarikh ini. hehe


so kat mana nak mula eh. banyak sangat cerita ni. hehe . hah !! sekarang ni tinggal lagi 3 minggu je lagi tinggal sebelum final. ayohhhh maknanya semester 3 ni semakin berakhir. tak sabar nak final. tak sabar nak cuti sem. tapi tanak tahu result. boleh macam tu ? haha

sepanjang november ni telah berlangsung Sukan Antara Fakulti UiTM 2013. kali ni APB memegang moto 'Can't Hold Us Down" dan 'Menang Tak Megah, Kalah Tak Rebah'. wowww daripada ayat tu dah tahu betapa semangatnya kontinjen APB kali ni.

so at the end, APB berjaya mengutip 1 Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa. so well done kepada semua penyumbang pingat ok. dan yang tak menyumbang pingat tu, anda juga telah menyumbang mata kepada Akademi kite yang terchenta ini. hahaha. walaupun kalah, namun tetap memberikan saingan. terbaik tu !

meow masuk apa ? hahaha. segan la nak gitau. apa yang meow boleh share meow masuk acara yang berkaitan dengan air. hahaha. mandi air la jawabnya ! haha.. tapi rezeki dapat pingat bukan kali ni. lain kali sape tahu kan ? haha

untuk majlis penutup SAF2013 hari tu, Kontinjen APB berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam Perarakan Kontinjen SAF2013. bukan senang ok. berbaloi sangat berbaloi. hehe. boleh tengok kat sini . hehe

http://www.youtube.com/watch?v=_2qUZbUMrwA



cantik tak ? dulu putih hitam merah. kali ni kuning hitam. haha

so, sekarang dah bulan disember. selamat datang disember !!! haha

Wednesday, October 16, 2013

Betul Atau Tidak ?



Salam semua. meow nak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji @ Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia (walaupun hakikatnya pembaca meow dalam Malaysia je) hehehe..

seronok tengok kemeriahan sambutan hari raya qurban ni. tambahan lagi kat negeri Pantai Timur disambut secara besar-besaran. tapi kat sesetengah tempat langsung tidak rase kemeriahan hari raya haji ni. kenapa ? hehe ntah tanya la diorang. hehe

tapi itu bukan isunya.

meow nak cerita tentang perangai orang kita suka post gambar dengan kepala lembu/kerbau/kambing.
meow faham ramai yang excited gila2 masa raya ni kan. tambahan pula 1st time tengok orang buat korban. jadi kekadang tu sikap teruja kita tu akan membuatkan kita melakukan benda yang kurang manis. meow tak cakap salah or berdosa tapi meow rasa kurang molek.

setahu meow, kita tak boleh ada rasa kesian yang melampau terhadap haiwan yang bakal dikorbankan. ini apa yang mak meow ajar dari kecik. yela kalau kita kesian sampai meratap2 lembu tu, elok ke ? sanggup ke nak makan ? agaknya bila lembu dah jadi sup pun kita menangis tengok sup tu. hehehe.



jadi, itulah rasionalnya. kalau kita ada semangat cintakan haiwan yang extreme, jangan ah kita duk mengcangkung beria-ria tengok haiwan tu kena korban. nanti kita yang emo sana sini.

tapi, bukanlah maksud meow sesiapa yang takde semangat cintakan haiwan tu boleh buat sesuka hati. tetapi ada segelintir manusia sampai ada ambik kepala lembu tu then tunjuk 'peace' kat kamera. kemudian upload kat instagram, facebook and so on. caption tak nak kalah pulak tu.  manis ke macam tu ? meow tanak cerita pasal pahala or dosa buat macam tu.

bukan apa, sebab kita ni di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. (if u know what i mean) kita kena jaga sensitiviti setiap kaum. kan 1 Malaysia !! hehehe

tapi pada pendapat meow, tak perlu sampai macam tu sekali. kita buat molek2 ok. hehe

so betul atau tidak ?? hihi


*teringat pula time raya haji meow kecik2 dulu. tengah melapah lembu tu sekali ada baby lembu dalam perut dia. okay yang tu memang kesian !!!! sob sob sob


Monday, September 30, 2013

Now, Officially Sweet 21 ^_^

salam semua. harap2 bahagia hendaknya. bulan september bakal berlalu.

ade hari istimewa kalau dalam bulan september ni. semestinya hari lahir meow. hehe.

ok now meow officially 21 years old. oh yeh semakin tua mehhh..

dalam proses mendewasakan diri, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang akan kita hadapi. sama ada dapat kita tangani atau tidak. namun, ramai juga yang lari daripada masalah tu. kenapa ? hehe

tanya diri sendiri untuk jawapan itu. pernahkah kita lari daripada masalah ? hehe

ok fine fine. tanak tazkirah kat sini. hehe

so, happy birthday to me ya. hehe

thanks to all yang ingat akan meow pada hari tersebut. sesungguhnya meow sangat sangat sangat terharu akan apa yang terjadi pada hari tersebut. walaupun kesihatan tak berapa mengizinkan tapi tetap awesome. hehe

thanks to all my classmates yang best2 sekalian, Puan Zuraidah lecturer paper translation meow yang belanja lunch kat pizza hut sempena birthday meow. and thanks to Ya'a , kak Nisa, kak Dayah dan Sofea yang tipu meow bulat kat kfc. cemerlang lakonan korang semua. hahaha

ok see you all ^_^



kemain diorg posing dengan kad tu. meow buat sendiri tau. nampak tak beria kat situ. haha


thanks korang. tertipu sangat petang tu. ahaha



Saturday, September 21, 2013

... Babak Ketiga Sudah Bermula ...

salam semua. harap2 sehat la hendaknya kan.

okay, sekarang sudah masuk pertengahan bulan september. maknanya dah setengah bulan meow mulakan semester baru ni. ape yang bestnya semester ni ? ntah meow pun tak tahu.

semester ni jumpa lecturer baru. al maklumlah subjek baru. dan semester ini juga meow kena hadap subjek minor iaitu subjek daripada bussiness school. hey pandai la meow nak berbisnes2 nanti. haha

so far, semuanya okay. dan diharapkan akan okay sampai bila2.

setiap minggu meow akan balik ke rumah family. sebab nak pindah rumah lain. 28hb ni terus angkut barang2. so meow balik ni boleh la tolong sikit2 ape yang boleh.

penatnya mengecat satu rumah ni. huhu. ape nak buat. harungkan saje.



salah satu perkara yang best pada awal semester ini sebab dapat makan free sempena open house UiTM Shah Alam. kenyang2. jimat duit makan seharian. hehe

ok byee

Sunday, September 8, 2013

... UiTM Shah Alam Aku Datang !

salam semua. puhhh puhhh (tiup habuk dan labah2 yang ade). hehe. tangan meow ni makin lama makin keras pulak. keras nak menaip apatah lagi nak memegang pen. biasa la cuti lama.

bulan Syawal pun dah berakhir. in shaa Allah umur panjang boleh jumpa lagi ya Syawal. hehe.. so, hari ni dah 8 sept. dan esok 9 sept. alamak ! new semester begin !!!

hehe. alhamdulillah sudah masuk tahun kedua meow di UiTM Shah Alam ni. maknanya tinggal dua tahun lagi meow nak dapatkan degree. hey hey ! iam second year students there !! haha

so, for this semester cabaran semakin dapat dirasakan kerana subjek kali ni mungkin akan membuatkan meow pengsan beberapa kali. tapi mesti boleh punya ! yang penting mesti confident. yela, nak lakukan sesuatu kena la yakin. same la macam belajar ni. kena yakin kita boleh. baru la senang nak tangkap. korang yakin, meow pun yakin ! hehe

kepada pelajar baru, meow ucapkan tahniah dan selamat datang ke UiTM Shah Alam, semestinya kepada pelajar Akademi Pengajian Bahasa. hehe selamat ketemu ya.

ok ya. selamat berjumpa lagi. ^_^


semester baru dan subjek baru. #tepuk2


Wednesday, August 7, 2013

Eksklusif ! Ucapan Raya daripada ....

salam ! hye semua ! selamat sudah bulan Ramadan. moga dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. In shaa Allah. jadi, hari ini secara eksklusif meow meng-upload ucapan raya meow bersama-sama suara dan wajah yang dianugerah oleh Allah ini. haha

amaran keras : adik2 bawah umur 13 tahun sila dapat bimbingan daripada yang dewasa selepas melihat hasil ini. hehe

video

so selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada meow sekeluarga ^_^

meow serabai. oh kantoi bilik meow cadar purple. hahaha
gemuk la aduihh


Sunday, August 4, 2013

28 Tahun yang Lepas...

salam semua. selamat menyediakan juadah berbuka ya, hehe

so nak share, pada 1 ogos yang lalu maka genaplah usia perkahwinan my parents . yeah sudah 28 tahun beb.. hari tu juga kakak meow ambil cuti untuk celebrate sambil2 beli barang nak raya kan.

just a simple celebrations tapi masih bermakna. tak lupa si mia mengada tu ikut sekali. hehe


even mcd, namun kegembiraan dapat dirasakan. hehe



mia yang dah panjang akal. penat opah nak jaga mia. hehe

oh tak lupa juga, telah sampai dua lagi kad raya untuk meow. hehe. thanks ya ^_^


ini daripada sahabat di KL. thanks for ibu duit tu . hehe


ini daripada sahabat di mana mana ntah . hahaha rahsia. hiks

okay, raya dah nak dekat. selamat mengemas rumah ok. hehe

chop2, result dah keluar. hehe tapi nampaknya tiada entry khas untuk result. rahsia tetap rahsia. kui kui kui
bye bye


Wednesday, July 24, 2013

Kad Raya Pertama Tahun Ini ^_^

salam semua. hari ini kita sudah masuk hari ke 15 ramadan  .. maknanya lagi 15 hari sahaja yang tinggal untuk kita bersama-sama bulan ramadan tahun ni. hmmm...

zaman nak berbalas-balas kad raya ni dah lama meow tak buat. rasanya bila meow dah masuk sekolah menengah, meow dah tak rajin nak membeli, menulis, menempek stem dan beratur di pejabar pos untuk mengucapkan selamat hari raya. but, it is very special kalau zaman sekarang ni still ada yang masih berbuat begitu. kan ?

mana tak nya, tak semua orang rajin dah nak buat keje mengepos ni. tambahan lagi sekarang ni dah ada macam2 aplikasi yang lebih laju dan mudah. macam facebook, whastapp, wechat, line and so on. so meow amat amat amat menghargai usaha mereka yang mengepos kad raya ni..

oleh sebab itu, meow nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan blog meow iaitu blogger terkenal lagi kacak bergaya tu saudara Eqbal Zakaria sebab sudi mengepos kad raya beliau kepada meow.. tahun ni dah tahun kedua meow dapat kad daripada saudara Eqbal atau meow panggil abg Eq. harap2 panjang umur tahun depan nak lagi ye abg Eq. hehe

di samping tu, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim ye. meow pun rase nak buat jugak la. tapi tunggu la meow femes dulu ye. hahaha

ok apa kata follow blog saudara Eqbal Zakaria ni jum ! for real, he is very nice guy. you have my words ^_^


thanks again ^_^


Saturday, July 20, 2013

Jom Iftar Bersama-sama ^_^

salam semua. sehat belaka kan ? sekarang dah masuk ramadhan yang ke 11. sikit lagi nak raya. eh maknaya bulan ramadhan ni pun semakin berlalu. hmmm cepatnya..

hari tu meow dan rakan2 dah melawat cikgu2 kat sekolah. dan semalam kami setting baik punya untuk iftar sama2. alhamdulillah kami beriftar dengan jayanya.. mana taknya kalau dah total sampai RM240 .. semestinya berjaya ! hehe

tapi sangat berbaloi-baloi. tempat pilihan ialah Restoran Sunita. so apa lagi nak tak nak kena habiskan juga makanan. kami makan, rehat solat dulu then sambung makan. hehe.. rasa seronok dan meriah. kali ni lagi ramai yang join. kami seramai 16 orang. best kan ? hehe

lepas buka puasa dan selepas meninggalkan tulang sahaja di atas meja, kami gerak ke dataran. sembang2. buat bulatan macam dulu dan masing2 bercerita. aiii rindunya masa kat sekolah dulu ye.. hehe

so in shaa Allah kami akan plan next iftar lagi. seronok2.. jum tengok gambar !


kami reserve meja dan ini la panjang meja kami ! hehe


sementara tunggu yang lain sampai


setiap meja inilah menunya. gila kau tak heaven ? hehe


raja, razy dan meow. nampak tak muka kenyang meow tu ? mana taknya kalo sume makanan diorg tolak atas pinggan meow ! adehhhhh


hehe. ok meow tak jeles. hahaha





Wednesday, July 17, 2013

Lawatan ke Sekolah "BBST Kebanggaan Kami"

salam ramadhan semua. macam mana puasa ? hehe harap2 oke. banyak2kan lah amalan tu ye. bukan di bulan ni saje malah di bulan2 yang lain.

ok semalam meow dan rakan2 membuat lawatan ke sekolah. cewahhh lawatan ye. kami rapat dengan cikgu form6 kami. nak dikatakan setiap kali cuti kami akan setting time untuk kumpul ramai2 and pergi melawat cikgu2 kat sekolah.

bak kata jangan seperti kacang lupakan kulit, maka kami tidak akan sesekali melupakan kenangan dan tempat belajar kami sehingga berjaya masuk ke IPTA.  mana boleh lupa oh. tempat jatuh bangun kat sekolah tu.

semalam kami dalam 10 orang sebab yang lain ada hal rasenye. yang ada meow, nik, husain, raja, razy, tiqa, aten, rosa, anna, dan ecah. seperti biasa bila kami nak jumpa cikgu khir, mesti dia suruh masuk dalam kelas dan bagi talk kat student. hehe.. terasa macam motivator. bukan satu kelas tapi 2 kelas kena bagi talk. kering air liur. hehehe

oleh sebab cikgu khir ni cikgu bahasa Melayu meow, maka meow lah target utama dia suruh berucap dulu. adehhh cikgu cikgu. hehe.. tapi its okay. meow pun seronok berkongsi pengalaman dengan adik2 semua. hope dengan sistem baru diorang sekarang ni lagi menaikkan form6 di mata orang sekeliling.

meow rasa bertuah bergelar ex-form6. sangat2 bertuah. jasa form6 pada meow takan dilupakan. semalam sempat jumpa cikgu jun, cikgu illu, cikgu khir, cikgu rohani, cikgu wan, madam sharifah, cikgu azidah. tak sempat nak jumpa cikgu yang lain. takpe la ada rezeki nanti raya kita jumpa lagi. hehe

so, jangan sesekali lupa akan mereka yang pernah membantu kita selama ini. dengan itu, urusan kita semakin mudah. inshaa Allah. ^_^. nak tengok gambar ? jum  !


bekas KP beri talk. hehe


nik macam pendakwah bebas kat depan tu. haha


this is us. and meow the red one. hehehe


Thursday, July 11, 2013

Selesai Semester 2 & Ramadhan ya Ramadhan

Assalammualaikum sekalian. diharapkan sehat hendaknya ... kini sudahlah kita bersua dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah dan syukur kerana masih diberikan peluang untuk bersua dengan bulan Ramadhan.

semester dua telah pun berlalu 5 julai yang lalu. apa yang meow boleh simpulkan tentang final exam itu hanyalah thumbs up sahaja.. nothing much. but why ? ntah la meow redha sahaja, takut memang ada..

okay lupakan kisah lama, sekarang kena tumpu kisah baru. we must not look back again right ? hehe..
meow juga mengambil tawaran oleh mak rakan meow untuk membantunya menyiapkan tugasan beliau. boleh la dapat upah sikit nak raya ni. in shaa Allah sehingga 20 julai ni. at least meow ada kerja nak dibuat. bukannya duduk saje kat rumah..

lagi pun, mak kawan meow ni sambung belajar kat UPM dalam bidang bahasa. so bertepatan dengan bidang meow juga iaitu bahasa. not a big deal. tak terlampau  susah bagi meow. cuma, pembelajaran bahasa di UiTM dan UPM sikit berbeza. tapi meow okay saje.. hehe

bulan Ramadhan kali ini membuatkan meow lebih matang. dan meow telah membuat beberapa keputusan yang positif dalam hidup meow. in shaa Allah akan berterusan. keputusan apa ye ? ehem ehem. hehe ada la. haha

orait geng, sampai ketemu ya ! jangan lupa sahur ! meow meow meow





lepas last paper. depan dewan ANNEX


dewan ANNEX yang sejuk. sampai demam meow, haha



habes paper 10.30, meow dan coursemate and housemate terus pergi pizzahut.. makan makan makan ! hehe

Monday, July 1, 2013

Antara Exam dan Demam

salam semua. sekarang da bulan julai ... dan sekejap lagi nak bertemu dengan bulan ramadhan... seronok rasenye ... dan sekarang ni meow tengah dalam mood final exam untuk semester ni ...

ape yang meow boleh katekan, it is hard dude ... so hard .. but i will try to do the best ... meow start exam dari 26 jun hari tu sampai la 5 julai ni.. sekarang tinggal 2 paper lagi ...
and yang paling best meow demam .. demam uolsss... heee.. bukanlah berbangga pulak dengan demam tengah2 exam ni.. but ni la salah satu dugaan.. 2 kali meow masuk dewan Annex tu nak jawab exam 2 kali la meow demam .. hebat Annex, hebat ! ekon die kuat sangat.. tak tahan cheqq..hehe...paper yang dah lepas ialah :

1. Analysis Constructive
2. Malay Culture & Cosmology
3. Malay Sociolingustics

hmmm.. alhamdulillah for those paper i've done well ... tapi tak tahu la ye berapa yang meow boleh score.. in shaa Allah boleh ... paper yang belum lepas lagi ialah :

1. Protocol & Social Etiquette will be held on this 3 julai
2. Malay for Specific Purpose will be held on this 5 julai

next paper di DRMM pulak.. oh DRMM janganlah engkau sejuk macam Annex.. please please pleaseeeee

so peoples, keep struggling for your examination ... and see ya ^_^


Friday, June 21, 2013

Alhamdulillah .. Usaha berbaloi ^_^

salam semua.. lama betul tak jumpa..
hari ni jumaat kelas terakhir untuk semester ni. alahai macam mimpi je minggu depan nak exam final.. hmmm cepatnye berlalu..

minggu lepas meow present video meow kat homestay for Bahasa Melayu Khusus subject. disebabkan minggu lepas lect meow tak sempat nak komen sebab kesuntukan masa, baru tadi dapat tahu komen2 die.

alhamdulillah dengan usaha dan komitmen kumpulan meow, video dan presentation meow dipilih sebagai video terbaik .. dan meow as a pelakon lelaki terbaik. heeeeee sipu sipu.. kui kui.. pelakon wanita terbaik pon drpd ahli group meow jugak.. laporan kumpulan meow juga markah yang paling tinggi.. ya Allah, syukur sangat dengan keputusan ini dan nampaknya kami terima balasan yang setimpal..

so meow yakin, jika kita usaha bersungguh-sungguh pasti kita dapat balasan yang setimpal dengan usaha kita. jangan penat untuk berusaha. terus dan terus mencuba..

antara komen lect meow tentang sketsa meow ialah :
1. watak2 dalam sketsa paling berkesan
2. jalan cerita yang menarik
3. pemilihan lagu yang sesuai
4. pemilihan lokasi yang sesuai
5. kisah yang diingati sehingga ke hari ini

ini antara gambar dalam video kami yang meow snap. hehe


scene mira dan mak una memujuk intan. hehe


scene pak ajam memarahi anaknya eya.. hehe


scene eya menyesal 


scene mak icah memujuk pak ajam.. haha


scene artis mira balik kampung. haha


scene eya pulang ke kampung lepas kena tipu.. haha



so, lect meow nak adakan majlis makan untuk kami sebelum final ni.maybe hari isnin.. seronoknya..
thx to all bantu meow dalam menjayakan assignment meow ni. yeahh !!!


new updates : pic semasa majlis makan di taman tasik shah alam sek 7


classmate meow yang gila2 sume.. haha


inilah hadiah yang kumpulan meow dapat. kak nisa dapat anugerah pelakon wanita terbaik dan meow dapat pelakon lelaki terbaik..Alhamdulillah.. terima kasih puan.


menu nasi arab dan sate.. nyum2