Friday, August 12, 2016

Makan Best - Western Station 21, Bangsar

Salam.

Entri kali ni nak bercerita tentang tempat makan best. Kalau singgah Bangsar tu boleh cuba la makan makanan Western di Station 21.

Untuk pengetahuan korang, Station 21 dah beroperasi di tempat baru iaitu di Medan Selera Masjid Abu Bakar As Siddiq, Jalan Telawi Bangsar. Sebelum ni beroperasi di Medan Selera depan Bangsar Village tu kan.

Nak cari senang je. Masjid tu sebelah saje dengan tapak medan selera yang lama tu. Kalau yang baru nak cari, landmark je Bangsar Village. Then akan nampak Masjid tu. Kedai tu dalam kawasan Masjid. Kebetulan saya ada acara di IPG sebelah UM so habis tu terus mengidam nak makan chicken chop.

Mula-mula lalu tengok kedai tutup. Kecewa sekejap. Tapi perasaan tak puas hati selagi tak check betul2 sebab saya dah janji dengan kawan ofis untuk bawa dia makan kat situ. Saya berhenti kereta dan terus check betul-betul. Then nampak macam ada kertas ditampal kat pagar kedai dia, Rupa-rupanya dah berpindah.


Beroperasi di tempat baru.

Nasib tak jauh. Senang nak cari kat sebelah tu je. Kalau di Station 21 ni boleh pilih jenis sos. Ada beberapa sos seperti oriental (masam-masam manis), black pepper, mushroom. Rasanya ada lagi kot, Lupa nak snap menu. Hehehe

Kali ni saya order sos oriental sebab nak cuba rasa masam-masam manis tu. Tapi memang thorrrbaik la sos dia. Sedap!



Sos oriental. Rasa macam tiga rasa ada nenas, Sedap!


Kawan ofis saya order sos mushroom. Dap!


Overall saya memang recomend untuk cuba makanan kat kedai ni. Ada banyak lagi menu. Jangan risau la. Sizzling ada, Lamb chop ada. Masakan panas goreng-goreng pun ada.

Pasal harga jangan risau. Memang berbaloi dan  akan puas hati! Chicken Chop harganya around Rm14-15 sahaja! Portion yang besar dan daging ayam yang tebal. Terbaik!

Kalau nak tahu juga, kedai ni memang kedai favorite family saya sejak dulu lagi. Percaya atau tidak yang saya dah pergi kedai ni sejak zaman saya sekolah rendah. Dulu atok kerja di Bangsar, setiap kali kami datang datang melawat dia, dia mesti akan bawa kami makan kat Station 21. Dari medan selera bumbung khemah, sampai medan selera berbatu, sampai la sekarang medan selera perkarangan masjid. Walaupun dah bertahun-tahun, rasa dia tetap sedap dan perniagaan dia masih maintain. Orang kata memang full house la.

Okay, kalau nak try boleh la singgah. Hehe

Tuesday, June 14, 2016

Makan Best - Aroii Thai Bowl Noodle, Shaftbury Square Cyberjaya

Salam. Selamat berpuasa semua.

Sempena bulan puasa ni mesti tercari-cari tempat makan yang best. Jadi saya akan kongsi beberapa tempat makan best yang selalu saya pergi. Memang antara tempat makan favorite saya dengan kawan-kawan. Dah jadi port lepak. Hehe.

Kalau anda berada sekitar Cyberjaya dan Putrajaya tu boleh la cuba makan di Aroii Thai Bowl Noodle. Alamat kedai ni:

Aroii Thai Bowl Noodle
Unit P1-31 3250, Shaftbury Square,
Persiaran Multimedia, Cyberjaya.

Senang je nak cari kedai ni. Kalau cari Shaftbury Square mesti akan jumpa. Berhampiran dengan SKMM.




Konsep kedai ni sama macam Boat Noodle. Tapi kelainan Aroii Thai ni yang paling heaven adalah semua menu berharga RM1.90!!! Sup ke, nasi ke, air ke, dessert ke semua RM1.90! Best kan? Tapi jangan ada yang terkeliru dengan kedai Boat Noodle yang kat Dpulze tu sebab anda akan dapat menu yang RM1.90 hanya makanan bersup sahaja. Tapi kalau Aroii Thai ni, SEMUA RM1.90!

Portion pun not bad. Berbaloi dengan harga dan yang paling penting SEDAP! Sesuai juga untuk anda yang nak jaga badan. So anda boleh bajet sendri berapa mangkuk anda nak makan. Kalau tak cukup, no worries, boleh tambah order.

Jom tengok menu!


Beef Glass Noodle Soup
- Sup dia sedap. Rasa macam light-light je. Tak heavy macam sup Boat Noodle


Chicken Glass Noodle Soup
-Lembut je mee dia. 


Tom Yum Glass Noodle Soup
- Pedas ni. Sesuai la kalau anda suka tomyam pedas, 


Hat Yai Fried Chicken Wing
-Menu wajib cuba. Tak akan menyesal bila dapat rasa kerangupan ayam goreng ni.


Thai-style Chicken Fried Rice
-Nasi goreng yang sedap. 



Thai Crisp Fried Anchavies with Peanuts
-Macam kudapan. Ada ikan bilis dan kekacang. Memang sedap


Mangi Sticky Rice
-Salah satu pulut mangga yang sedap saya rasa. 



Vegetarian Spicy Spring Roll
-Popia sayur makan dengan sos dia memang sedap.


Green Papaya Salad (Som Tam)
- Menu ni terbaik. Pedas-pedas pun bedal jugak. 


Thai Iced Tea
- Menu wajib saya setiap kali makan sini. Sedap! tak sama dengan rasa Boat Noddle punya teh.



 Menu-menu ni antara menu yang wajib saya makan. Banyak lagi menu yang anda boleh pilih. Secara kesulurahannya memang berpuas hati. Kalau nak bawa kanak-kanak pun tak jadi masalah. Sebab banyak side dish yang mesti kanak-kanak suka. Anak buah saya 6 tahun boleh makan enam mangkuk sup ayam tu ok! hahaha.

Terliur kan. Boleh la singgah.

*Oh ya, sempena bulan Ramadan ni kalau anda nak buat tempahan pun boleh.




Like FB Aroii Thai untuk dapat 10% off ok!




Melepak!



Thursday, June 9, 2016

Menggalas Tugas Di Dewan Bahasa Dan Pustaka

Salam.
Selesai satu fasa dalam hidup iaitu zaman belajar, sekarang ni dah melangkah ke satu lagi fasa iaitu pekerjaan. Alhamdulillah sekarang ni saya berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur bermula 10 Mei yang lepas.

Nak dapat sesuatu yang baik bukan senang. Walaupun ada sesetengah orang tengok kita ni senang dapat apa yang kita dapat sekarang ni kan. Tapi percayalah yang setiap orang tu ada kepayahannya tersendiri. Kan masing-masing ada ujian tersendiri. Jadi, Kita tak boleh nak nilai orang kan. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Sebelum dapat yang baik, memang akan dapat susahnya dulu.

Alhamdulillah. Setiap sabar ada hikmahnya. Terima dengan adanya.

Jadi, di sinilah saya. Persekitaran yang sangat selesa.




Keluarga baru saya. 


Senyum sebab projek tahunan dah selesai 



Saya ditempatkan di Bahagian Penyelidikan Bahasa di bawah Jabatan Dasar dan Penyelidikan. Kerja macam mana? hehe kena tunggu entri-entri seterusnya la ok. Lepas ni In Shaa Allah blog saya akan kembali aktif. Hehe In Shaa Allah. More to come.