Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf @ Alesha Farhana Meninggal Dunia



innalillah...lepas tinjau2 rakan bloggers yang laen, baru lah meow tahu bahawa saudara kita Mohd Ashraf yang pernah membuat tuntutan mahkamah untuk menukar namanya drpd jantina lelaki (Mohd Ashraf) ke jantina perempuan (Alesha Farhana) telah meninggal dunia..kepade keluarga arwah, tahziah diucapkan..ermmm berguna jugak jadi bloggers sebab tawu berite drpd sesama sendiri..hehe..



Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - Bernama

sumber: malaysiakini

al-fatihah..

*agak2 korang insaf tak ??





Dinner Amal SMKBBST

salam readers ! hehe sehat bareng ? hehe...harap2 sehat...alhamdulillah kesihatan meow semakin pulih skang..bole la lari2 skang nie..oke malam hari khamis hari (28 Julai 2011) tu telah diadakan majlis makan malam amal untuk mengutip dana untuk skola meow..minggu tu memang sebuk..tade jiwa nak belajar..sebab minggu tu sukan pulak 3 hari..demam2 pon meow gigih datang "bersukan" haha..oke jum lihat2 gambar dinner tu..hehe

*kami sume da sunburn so kecerahan amat mendukacitakan..haha*elehhh*


cadbury..hihi


oke la meja nie rm350..ko mampu ?


terbaek persembahan2 tu *walopon juz dengar 1/10 lagu..kah2


senyum itu sedekah oke..haha



yess aku tinggi drpd mar..*walopon ko pkai tumit tinggi mar..haha


siyes doh sedap kueh tu..meow amek 3 ! boleh kan ? hehe

so how ? kepade nur lenggang aka lenkalel tu sabar oke..nanti aku bincang ngn kepala sekolah ko untuk buat mcm nie..hihihi

ps : seperti biase gambar selebihnya ada di fesbukk !

*agak2 nanti ade dinner kutip dana untuk form6 pulak...hehe

Monday, July 25, 2011

Khasiat Madu Lebah

salam..oke segmen kesihatan pulak oke..nak cite pasal madu..korang suke madu ? eyhhhh bukan madu poligami ke ataupun manisnye madu pahitnye hempedu taw..hehehe..ni madu yang mengandungi pelbagai khasiat dan kegunaan..kalo nak taw, manusia ta bole nak cipta madu sendiri..khasiat madu tu hanya lebah je bole buat..haa hebat kan lebah ? hebat jugak kuasa Allah swt..jum tinjau2 !





Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                       
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
           
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
           
CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH


Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.


SAPULAH MADU JIKA ANDA

    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                       

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKAN MADU:
Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari

haaa berjela kan ? tapi itulah keajaiban madu nie..so ape lagi ! mari amalkan !
thx kepade sumber kesihatan !

*agak2 mane lagi manis ? madu dalam peti ais ke madu dalam rumah ? hehe

Bila Five Orang Walking-Walking

salam sume.ta baek lagi demam nie..tapi meow kesian dengan blog nie ta hapdate2...so meow hapdate tapi content kureng cikit ea ? oke sabtu ritu meow n membe hilangkan bosan kat kl..penat doh..jum tengok cikit !




gile ar, smart sebab majoriti warna purple kat situ..brother tu pon mencelahh..haha





itulah antaranya..banyak lagi.kalo nak tengok gi kat facebook meow k..oke doakan meow sembuh ! n meow sampaikan salam takziah kepada  Raja dan keluarga Putri Yushra Qistina atas kehilangan Putri..salam

*agak2...errrrr tade mood nak wat sesi "agak2" nie..



Friday, July 22, 2011

Khasiat Epal Hijau ~~


salam sume ! hah ! kali nie meow nak bercerite pasal kesihatan plak ..oke kan ??? oke dimulakan cerita (sambil bukak kitab) kite cite pasal kebaikan memakan epal hijau..kalo da taw tu bace jugak ! mane taw ade info tambahan kan..jum2 !


korang taw kalo mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.ni ha list kebaikan epal hijau :

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa best kan ? meow pon setuju sebab meow pon suke epal hijau..oke selamat mengamalkan !

*agak2 wujud ta epal biru ? celcom ade epal biru..haha

Thursday, July 21, 2011

Kingston Town UB40 - The Cool One

salam readers ! mari berkongsi kenangan anda dengan meow ! meow nak perkenalkan lagu nie kat korang sume *walopon mungkin ade yang da hafal lagu nie,errrr menunjukkan meow amat tertinggal* haha..korang taw lagu Kingston Town by UB40 ? haaa kalo tataw ni nak cite nie..haha.

kalo korang jenis duduk dalam bangunan mewah2 yang layan urban2 or latest2 punye lagu, terpulang ar pade korang nak dengar ke ta..tapi meow nie RETRO cikit..haha. sinar fm fans katekan. so sape2 yang suke ngn retro2 nie *give me five!!*..tapi kan, lagu dulu2 bukan je sedap tapi maksud die perghh !! mendalam doe ! meow suke lagu ni sejak meow dengar waktu pagi sebelum pegi sekolah..syahdu sangat..melodi n lirik yang amat simple..simple itu smart right ? hihi..oke jum dengar ! *pausekan dulu instrument akak melly n abg amee kt bawah tu k!*


video

banyak lagu2 retro omputeh nie memang meow suke..sebab melodi lame ni laen ar..kalo dengar tu mendayu2 jep dalam hati..uishhhhhh !!!!

kalo sape pakai berukband yang lombab2 macam siput sedut panjat dinding tu, try ar kt utube plak..mne taw laju..kan ?? hehe


*agak2 kemane la ahli2 kumpulan nie.hahaha



Adding Frens Must Have a Convincing Reasons..

halo readers ! hari nie meow cuti n cuti2 Malaysia nie meow nak post satu benda..meow nasehatkan kalo korang nak add orang kat fesbukk lepas nie, pastikan sediakan sebab yang kukuh taw kenape korang add die..*erkk*...kalo ta, jadi ar macam meow nie ! hahaha..meow add then dapat mesej private drpd insan sorang nie..

*meow nak tekankan kat sini yang meow add secara rawak ! tiada agenda !* saje add orang ta kenal. tade ar asek2 muke ko, status ko, luahan perasaan ko, ketidakpuasan hati ko n macam lagi ko ! hahaha

*name : terpakse ditukar
*link : terpakse ditukar
*sebab : nanti ade yg gatal cari die..haha


  • A few seconds ago
    !@#$%^&
    • hye. and who r u...???

  • A few seconds ago
    Az De
    • olaa..
    • saje add
  • A few seconds ago
    ~!@#$%^&
    • motif nk add...??   (perghhh baru aku taw kene de motif)

  • A few seconds ago
    Az De
    • kne de motif 
      ni fesbukk community 
  • A few seconds ago
    ~!@#$%^&
    • yor ler... fb community? jawapan less convincing. try harder.

  • A few seconds ago
    Az De
    • this thing should be easy..its up to you ..have a nice day ~~
  • A few seconds ago
    ~!@#$%^&
    • of course its easy n it is up to me, but u approached me first, henceforth it is up to my will. ;)

  • A few seconds ago
    Az De
    • lantak ko






kalo nak taw, meow da ta aktif nak approve orang n add orang..tu ha berjela yg waiting approval kt fb meow..tapi kalo da lame ta add tu teringin jugak nak add kan ? so meow maen add jep sape yang meow nampak tadi..tade ar meow tengok profile ko anak datok ke, anak menteri ke, anak penoreh ke *ko hengat aku kesah itu sume ??* meow maen harung jep add..tup2 selepek kene macam nie..hahahaha lawak2..dunia ohh duniaa !! hahaa 

so sebab kes ni menambahkan semangat jitu meow supaya STOP ADDING FRIENDS ! geli aku nak add kalo gini..haha..tapi tape mungkin SI DIA  ade reason tersendiri kan ? so i respect ur will !!
oke chawwww !!


*agak2 die tergugat kowt ngan relationship meow..hahaha*