Thursday, December 25, 2014

Last Class For Degree =)

Salam semua. Haihhh secara rasminya tamat sudah la sesi kuliah meow untuk degree ni. Bila nak cakap sekejap je rase masuk class tu, macam tak relevan pula. Kenapa? haha Sebab waktu sibuk-sibuk dengan class tu hati ni membuak-buak la cakap "bila la nak berakhir semuaaa niiii!!' hahaha
kan?? jangan la nak nafikan. hehehe

So, macam  biasa, masanya dah tiba. Dah habis dah pun sesi masuk class untuk meow. Haihhh

Rasa seronok ada, teruja pun ada. Walaupun sebenarnya perasaan takut tu lagi banyak. Sebab lepas ni nak tempuh satu lagi fasa baru dalam hidup iaitu kehidupan pekerjaan. Apa la keje aku nanti hehehe.. In shaa Allah kerja yang baik-baik. Usaha dan tawakal.

Macam biasa, bila dah sampai semester akhir ni kita dah mula rasa rindu dan sayang pada kawan-kawan kelas dan semestinya tempat hari-hari kita pergi nak belajar. Kolej Kenanga tetap dalam ingatan. Hahaha

Tapi, perjuangan nak habiskan degree ni belum habis lagi. Lepas ni meow kena fokus pada final exam. Mula 29/12/2014 sampai la 17/01/2015. Kemudian, fokus untuk thesis pula *Hmmm ni lagi menakutkan. Lepas tu fikir pula praktikal. In shaa Allah praktikal bulan 4 nanti. Dah selesai semua ni, baru la boleh rasa lega dan menunggu saat naik pentas ambil ijazah kesayangan. Hahahaha


                                Bersama pensyarah MGT417 Madam Nusrah




                                Bersama penyarah IBM530 Madam Norriati                                                              



                Bersama pensyarah BMP538 Puan Zuraidah *berpindah ke oversea pada 20 Dis yang lalu




                                Bersama pensyarah RET531 Madam Zarith Delaila



                                Bersama pensyarah CTU553 Ustazah Nurul Huda



                                               

                                Bersama pensyarah ETR300 Sir Adlan



                                Bersama pensyarah BEL499 Madam Masturah




so overall, it was a great moments with them! goodluck thesis and your internship uolls !

alamak sedihnya, no more class lepas ni. Tak perlu bangun awal pagi siap-siap nak pergi kelas.. Arghhh definitely i will miss that !!


*ha yes! apa yang anda lihat memang benar. Benarlah di belakang kami tu TV LED. Hehe. Kami tak pakai projecter untuk kuliah. Setiap kelas kami disediakan TV LED. Best tak? Jom masuk UiTM!! hahaha *Waktu rehat layan movie la apa lagi. Hahahahahahaha =P

Tuesday, November 11, 2014

Floral Mask with Lavender Plus Collagen

Salam semua. Sihat belaka? kali ni entri lain sikit daripada biasa. Kali ni nak cuba menjual-jual pulak. hehe

Ada produk baik punya. Nama dia Floral Mask with Lavender plus Collagen. Actually meow dah pakai produk ni lama juga. Tapi selalu cilok kakak punya. Hehe

Eh eh eh. Meow buat ni just nak tolong kakak je. Tapi apa salahnya melibatkan diri sikit demi sedikit dalam dunia perniagaan ni kan?

Kalau nak cerita tentang berkesan atau tidak produk ni, Rasanya kena cuba dulu kot. Hehe
Meow pernah pakai and the result pun  not bad. Meow pakai dulu baru berani nak jual. Bau lavender yang wangi. Hmmm wangi wangi. hehehe

Harga dah standardize RM39.90 excluding postage. Tambah RM6 kalau termasuk postage. Tak la mahal sangat kan? Boleh la kalau nak cuba-cuba.

Setakat ni meow just COD area Shah Alam, Putrajaya, Salak Tinggi dan Nilai. Biasa la kan meow student lagi. Tak boleh nak pergi jauh-jauh lagi. Hehehe

Okay, kalau berminat boleh order kat meow ya.

Whatsapp : 0175150215
Wechat     : AzZam_Dengan_Meow
Facebook  :AzZam Dengan Meow

*kalau meow tak angkat call tu mesej je k. Kot2 masa tu dalam kelas or ke-busy-an. Hehehehe

Apa Tunggu Lagi Ewahhh!!!!




Friday, September 12, 2014

Babak Kelima Bermula

Salam semua. Sekarang dah masuk semester baru. Semester yang kelima! Hahahahaha tua! Minggu pertama ni sangat malas nak masuk kelas, Hari kedua mula kuliah, meow terlibat untuk Program Destini Siswa untuk pelajar baru APB.

Semua ok. Budak-budak pun bagus dan mendengar kata. Hahahahaha. Seronok jadi fasi ni. Teringat masa meow jadi pelajar baru dulu. Adoiii kenangan-kenangan. Best ohhhh !

Setiap kumpulan perlu buat drama radio berdasarkan kisah-kisah rakyat yang dipilih. Kumpulan meow pilih kisah mahsuri. Kumpulan lain ada yang buat kisah cinderela, batu belah batu bertangkup, si tanggang dan ada lagi la yang lain. Haha

Memandangkan dalam kumpulan meow ada seorang saje lelaki, so dia kena la jadi mahsuri tu, Lawak memang lawak. hahahaha.


Kumpulan pertaman ni meow tak pasti buat cerita apa, Meow masuk je diorang dah selesai. Hahaha


A few of them ^_^


Minggu ni meow masuk satu class je. Yang lain tak masuk. Meow ponteng sebab tak daftar course lagi. Ni la akibatnya kalau kena denda sebab tak pulang buku kat PTAR, Hahahahaha

Minggu ketiga nanti SAF2014 dah mula. APB boleh! hahaha



Monday, September 1, 2014

... Seorang Mahasiswa.

Salam. Selamat datang bulan September. Bulan yang meow tunggu setiap tahun. Kenapa? Sebab 22 tahun yang lalu, bulan ni la menjadi saksi kelahiran seorang insan yang cukup sifat yang dianugerahkan hidung pesek, kulit sawo matang, dan keluarga yang sangat baik! Hahahaha

Bulan september ni juga merupakan bulan yang dinanti-nanti oleh mereka yang nak mendaftar ke IPTA. Tahniah! Tak silap meow ada IPTA perlu daftar 1hb dan ada yang 2hb. Apa-apa pun selamat menjadi mahasiswa dan mahasiswi. Belajar rajin-rajin dan jangan malas-malas. Hehe.

Kepada mereka yang berjaya masuk ke UiTM lebih-lebih lagi course meow, selamat datang! hahahaha. Selamat berkampung di UiTM dan Kolej Kenanga. Hehe. Oleh sebab itu, meow nak bagi tazkirah sikit kepada anda anda anda dan anda yang nak masuk Universiti ni.

1. Niat
Perkara yang paling penting bila kita nak buat sesuatu mesti kena ada niat. Kenapa kita nak buat atau untuk apa kita buat? Semestinya kena ada niat atau sebab kan? Patikan niat kita betul. Niat nak belajar, nak tolong ibu bapa, nak jadi contoh kepada adik beradik dan sebagainya. Ataupun ada yang niat nak cari jodoh? haha masing-masing punya hak. Tapi, berikan keutamaan kepada belajar dulu ok!

2. Budaya
Ada sesetengah orang mudah nak biasakan diri dengan budaya baru tetapi ada lagi ramai yang susah nak biasakan diri dengan suasana baru. Memang normal la perkara ni. Semua orang akan hadapi perkara yang baru. Bezanya cuma bagaimana kita nak berhadapan dengan situasi tu. Dunia ni luas, macam-macam kerenah. Jangan lalai! Jangan leka! Buka mata buka hati. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya luar sampai lupa niat utama kita datang ke tempat tu. Kalau dah terpengaruh, cepat-cepat betulkan niat tu sebelum hanyut lebih jauh!

3. Kawan
Di universiti ni, macam-macam jenis orang yang kita akan jumpa. Ada yang pendiam, ada yang peramah, ada yang banyak mulut dan yang jenis bawa mulut pun ada. Masa semester satu memang jangka masa mengenali kawan-kawan baru anda. Masuk semester dua, kamu akan tahu perangai mereka sebenar. Masa tu mulalah ada puak la group baru la apa la. Kalau rasa selesa, just caryy on ok. Kena pandai pilih kawan. Tetapi jangan pula sampai sisihkan kawan. Siapa la kita nak menghukum kawan tu. Kalau dia tak cekap buat assignment, jangan la pulaukan dia. Bantulah dia. In shaa Allah kalau kita sabar, mesti ada yang baik terjadi pada kita nanti. Hidup jangan berkira, jangan rasa diri sempurna. Kita sama-sama belajar. Belajar terima kekurangan orang lain dan orang pun akan terima kekurangan diri kita.

4. Jodoh
Amboi kalau cerita pasal jodoh tu mesti tersenyum sampai telinga. Hehehehe. Masing-masing punya takdir la kalau jumpa jodoh kat universiti. Tapi rasanya memang ramai yang jumpa jodoh masa tengah belajar. Hmmm tak tahu nak tulis apa pasal jodoh sebab meow pun tak jumpa lagi jodoh kat UiTM ni. Haishhh dah tahun akhir dah ni! Hahaha

5. Graduasi
Perkara yang diimpikan oleh semua pelajar! Dapat grad on time! Ahahaha. In shaa Allah kalau semua perkara  kita jaga, mesti berjaya punya lah! Masa nak grad nanti kena pastikan fizikal kita ni elok seeloknya. Yela nak abadikan gambar kita dengan segulung ijazah kena la nampak segak. Haha. Tak sabar nak grad tahun depan. Yeayyy!!!

Ok cukup lah tu. Meow pun tak hebat lagi nak cakap banyak-banyak. Akhir sekali, selamat datang adik-adik junior ke Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam !!!!




Saturday, August 30, 2014

Peluang Kedua. Gunakan atau Bazirkan?

Salam. dan Salam sejahtera semua. Hope anda semua sihat-sihat belaka. Sekarang ni mood untuk meow menulis semakin menebal. Rindu nak menulis kat blog. Im glad to share my story here eventhough I know only a few people read my blog. So, for my sincere readers, thank you so much. Yeh, its you la, siapa lagi? haha

Second chance : second is kedua and chance is peluang. Hehe.  Bagi meow, peluang kedua ni so limited. Tak semua orang dapat merasa peluang kedua ni. Meow yakin, semua orang mesti harapkan peluang kedua ni. Lebih2 lagi dalam kehidupan. Hubungan kita dengan Tuhan, manusia dan alam semesta,

Kenapa meow cakap macam ni? sebabnya manusia ni mudah alpa. Samalah macam meow. Alpa tanggungjawab yang ada. Sampai memberi keutamaan kepada perkara yang bukan utama.

Apa yang patut kita buat? semestinya kena peka dengan apa yang berlaku dalam kehidupan sekeliling kita ni. Jangan terus leka! (nada marah) hehe. Once you dapat peluang kedua, jangan sia-siakan. Itu tandanya anda masih disayangi. Tak kira daripada sesiapa pun! Use it wisely!

Kalau bazirkan, alangkah ruginya kita. Semua orang berebut-rebut nak second chance. Once you got it, dont miss it!

Bila kita diherdik, bukan bermakna kita dibenci malah tanda kita disayangi. Cuba berubah ke arah lebih baik.

Bila kita disisih, bukan bermakna kita tiada kepentingan malah tanda kita perlu perbaiki diri. Cuba menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Chaiyok-chaiyok!!




Friday, August 15, 2014

It Was A Tough Semester

Salam semuanya.

Sekarang dah bulan ogos. Bila sampai bulan september nanti, berpusu-pusu la anak-anak cerdik pulang ke kampus masing-masing. So, sekarang enjoy dulu la.

Its a short entry (macam la pernah tulis panjang2 haha) untuk kali ni. Apabila keputusan peperiksaan semester yang lepas diumumkan pada 14hb hari tu (UiTM students), maka meow sudah termasuk dalam golongan pelajar tua di kampus nanti. Adoiii tuanya rase! Final year wei!!! *lompat-lompat

Result meow? haha. Syukur masih okay. Masih lagi berada di tahap yang membuat meow tersenyum bila nak naik pentas waktu convo nanti. Walaupun semester lepas meow diuji pelbagai cabaran, Allah masih bersama meow. Ya memang apa yang meow dapat setimpal dengan apa yang meow usahakan. Mana taknya kalau beberapa minggu tak masuk class. Class Mandarin lagi la. Sebulan tak masuk. Sampai Laoshi tanya meow ni student datang dari mana. Hahaha Eh! tapi meow dapat MC daripada doktor ok. haha

Sangat mencabar. Masalah kesihatan lagi. Tapi tetap gagah ku tempuhi! (sila contohi sifat ini haha)

Untuk pelajar baru yang akan daftar masuk awal september nanti, tahniah ye berjaya masuk. Terutamanya kepada junior2 meow. Tahniah la ye, kalau jumpa meow kat blok Kenanga tu tegur-tegur la weh! hahaha

Dan yang penting, tinggal satu semester je lagi untuk meow masuk class belajar, satu lagi semester praktikal! In shaa Allah nak grad on time.

Ok cukup la kan. Eh lupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ye. kita kosong-kosong ^_^



Selamat Hari Raya!
kalau ada apa2 nak tanya, boleh email meow ok. 24 jam online ^_^
zam_fadzil@ymail.com



Friday, May 23, 2014

Temu Bual Bersama Ben Ashaari

Salam semua. entry kali ni merupakan entry throwback meow. al maklum la busy mengalahkan presiden.

Semester ini, meow kena buat satu sesi temu bual dengan individu yang bekerjaya. Temu bual ni merupakan tugasan individu meow untuk semester ni. Tak kisah la individu tu terlibat dalam bidang apa pun. Classmate meow ada yang pilih pengusaha butik, kedai makan, kolam pancing, model sambilan, seramik, dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakan mereka memilih untuk menemu bual individu yang berjaya membuka perniagaan sendiri.

Mulanya risau juga sebab meow takde idea nak temu bual sape. Bila tengah scroll instagram, ternampak abg Ben Ashaari. Then meow rase why not temu bual abg Ben. Advantage kepada meow sebab pensyarah meow cakap sebelum ni takde student yang temu bual penulis blog. So im the first.

Nasib meow baik sebab Abg Ben sudi bekerjasama dengan meow. Meow pilih Abg Ben sebab Abg Ben penulis blog yang famous dalam kalangan blogger kat Malaysia ni. Menulis blog ni pula boleh menjadi salah satu sumber pendapatan penulis blog. So, itulah yang meow cuba ketengahkan dalam sesi temu bual tu. Macam mana nak jana pendapatan dengan hanya menulis blog ? blogger mesti tahu kan macam mana. hehe.  Kebetulan juga kami menetap di kawasan yang sama.

Alhamdulillah sesi temu bual berjalan dengan baik. Abg Ben sangat membantu memberikan idea. For real, seronok dapat bersembang dengan Abg Ben. He is very kind person. Friendly. Qhaliff pulak adoii comel.. haha. Kami mula temu bual seawal jam 7.30 pagi. Awal kan ? hehe iade semua fresh. hehe

Terima kasih Abg Ben sebab sudi meluangkan masa untuk sesi temu bual tu. Bukan senang nak berurusan dengan orang yang sibuk. and tahniah atas kelahiran Zahra Nur Iman. hehe
gambar ? hihi



pengalaman yang berguna. hehe

so kepada anda yang nak kenal Abg Ben Ashaari ni lagi boleh intai2 blog beliau ok 


Saturday, May 17, 2014

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional) UiTM.

Assalamualaikum.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang bidang pengajian saya di UiTM. Saya menulis entri khas ini untuk adik-adik yang berminat dengan kos Bahasa Melayu di UiTM khususnya kepada mereka yang berjaya dipilih untuk ditemu duga. Jangan gusar dan jangan bimbang. Saya akan kongsi dengan anda.

Kepada anda yang berjaya ditemu duga, boleh rujuk kat sini ya.

1) Soalan 
Program ni tentang apa ?

Jawapan
Program ini mengenai pengajian Bahasa Melayu Komunikasi Profesional kod program LG221 dan kini LG241. Saya batch lama so kod program saya LG221. Sekarang adik-adik baru semua dah tukar kod iaitu LG241. Sepanjang program ini, kami dididik untuk menguasai bidang bahasa Melayu dan komunikasi yang berkesan. Antara subjek yang ditawarkan adalah :

Tatabahasa Melayu,
Penulisan Akademik,
Linguistik Am,
Pemikiran Kritis
Budaya & Kosmologi Melayu,
Sosiolingustik Melayu
Bahasa & Media Interaktif,
Bahasa Melayu Khusus,
Analisis Kontrastif,
Protokol & Etika Sosial,
Terjemahan,
Analisis Wacana
Ketrampilan Perucapan,
Semantik,
Pragmatik,
Ketrampilan Penghujahan,

Senarai ni antara subjek yang ditawarkan dan tidak termasuk subjek bahasa ketiga dan subjek elektif yang lain. Di samping itu, kami dididik untuk berkomunikasi secara profesional. Maksudnya, sepanjang pembelajaran akan ada pembentangan sama ada individu atau kumpulan. In shaa Allah communication skills semakin baik.

*new update 2016 - Untuk makluman, senarai subjek untuk kos ini terdapat penambahan subjek. Maklumat terbaru yang saya peroleh terdapat beberapa subjek telah dimasukkan dalam senarai subjek iaitu Penyuntingan, Korpus dan Fonetik. Selain itu, batch baru kini sudah boleh memilih subjek elektif sama ada pengurusan perniagaan atau meneruskan bidang Bahasa Melayu bak kata orang "Bahasa Melayu tulen"

2) Soalan
Skop kerja macam mana ?

Jawapan
Secara jujurnya pada pandangan saya, peluang kerja tu bergantung kepada rezeki masing-masing. Semua orang akan dapat cuma bezanya cepat atau lambat. Mungkin ramai yang anggap bidang Bahasa Melayu ni kurang mendapat perhatian dalam sektor pekerjaan. Tapi tu semua alasan yang tak membina malah pelajar lepasan program ini tidaklah dipulaukan dalam sektor pekerjaan seperti yang disangka. Semua bergantung kepada usaha kita. Pelajar lepasan program ni ada yang menjadi pensyarah Bahasa Melayu/Bahasa Kebangsaan sama ada di UiTM ataupun IPT lain. Pensyarah saya di APB pun ramai yang merupakan senior kami. Ada juga yang jadi cikgu. Dalam bidang bahasa seperti editor dan penterjemah. Bagi batch pertama sehingga batch lapan, subjek elektif yang ditawarkan adalah subjek pengurusan perniagaan. Jadi, pelajar lepasan program ini boleh masuk ke bidang pengurusan pernigaan. Oleh sebab program ini digelar komunikasi profesional, bidang komunikasi pun boleh masuk.

Kalau ada yang kata bidang bahasa Melayu ni masa depan tak cerah, kita boleh jamin ke semua tu? yang penting niat belajar, usaha nak dapat sesuatu dan tawakal lepas usaha. Boleh je kalau nak buat bisnes sendiri, atau buat tuisyen. masyuk tau.

Sebenarnya, kalau nak senang dapat kerja kena pastikan kemahiran komunikasi tu pada tahap tip top di samping CGPA yang cemerlang. Peluang kerja bukan terhad kepada bidang pengajian saja. Kalau CGPA bagus, mudah sikit. Kalau rendah tu yang banyak merungut mengganggur. Tapi kan, walau bidang pengajian gempak sekali pun (not to mentioned) tapi CGPA teruk, nak bercakap dengan orang pun tak yakin, macam mana majikan look forward nak ambil kita? Ada jaminan dapat kerja? Majikan mana nak graduan yang tak mahir komunikasi dan CGPA teruk kan ? Jadi boleh renungkan.

Saya sertakan di bawah ni merupakan prospek pekerjaan yang saya peroleh dalam laman web Akademi Pengajian Bahasa UiTM.
Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan adalah seperti berikut :
  • Agensi Kerajaan dan Swasta
  • Penerbitan Khusus Bidang
  • Pengurusan dan Pentadbiran
  • Perhubungan Antarabangsa / Diplomatik
  • Perhubungan Korporat
  • Perhubungan Awam
  • Pemasaran
  • Media (Radio / TV)
  • Periklanan
  • Kewartawanan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pelancongan, Perkhidmatan & Khidmat Rekreasi

3) soalan
Macam mana sesi temu duga tu?

Jawapan
Masa saya hadir temu duga dulu pada tahun 2012, saya ditemu duga oleh tiga orang panel yang merupakan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB). Pengalaman saya dulu, panel akan minta calon perkenalkan diri dalam bahasa Melayu. Saya cerita lah apa-apa yang menarik tentang saya haha. Bila dah habis, panel  tanya  soalan yang dia nak tanya. sama ada tentang isu bahasa ke, isu semasa ke, isu-isu kebiasaan ke. Jadi kena peka dengan perkara ni. Bila dah selesai sesi  bahasa Melayu, akan ada panel lain tanya dalam bahasa Inggeris pula. Jadi calon kena la jawab dalam bahasa Inggeris. Sebab mengapa calon ditemu duga dalam bahasa Inggeris kerana subjek elektif program ini ini dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris tetap penting ok.

Masa saya dulu, temu duga bahasa Melayu saya cerita pengalaman saya bekerja di KLIA. Then untuk temu duga bahasa Inggeris tu, panel suruh ceritakan pengalaman pahit sepanjang saya bekerja kat sana. Mulalah saya membebel dalam bahasa Inggeris. Haha. Jangan risau, Guna basic English je. Yang mudah untuk kita cakap dan mudah untuk mereka faham.

Jangan rasa terkejut kalau panel tanya soalan yang tiada kena mengena dengan program atau bidang bahasa. Layankan sahaja. Panel juga tahu erti bosan asyik tanya pasal bahasa je kan. Kadang-kadang ada calon yang disuruh untuk berlakon la, menyanyi la, bersajak la. Layankan sahaja. Itu maknanya panel suka anda! Semasa saya temu duga dulu salah seorang panel tanya saya elemen dalam puisi iaitu perbezaan sajak, syair, pantun dan seloka. Bila saya dah terangkan, panel suruh saya berpantun pula. Hahahaha sangat kelakar masa tu. Jadi saya berpantun la.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

*sambil senyum

Panel semua ketawa kemudian dia (Prof Madya Ismail Abd Rajab) cakap "saya suka pantun tu macam pantun membodek"
Hahaha. Niatnya memang membodek. "berjumpa lagi" tu membawa maksud "take me as your student!" Haha. Alhamdulillah sebab tu berjaya kot. Haha. Sesi temu duga saya tu sekitar 30 minit.

4) Soalan
Tips untuk temu duga?

Jawapan
Temu duga ni diadakan untuk melihat kemampuan calon untuk berkomunikasi. Jadi, semasa menjawab soalan tu kenalah yakin. Eye contact kena jaga, Body movement pun kena jaga, Jangan terlalu pasif. Tunjukkan minat anda untuk masuk program ni. Antara perkara yang perlu dielakkan, jangan bersikap sambil lewa. Jangan sesekali anda menyoal panel tu semula. Sebagai contoh, panel tanya anda tentang MH370 dan anda soal balik "takkan encik tak tahu?" no no no. Dont ever u say that! Haha. Walau anda tak tahu sekali pun tentang apa yang ditanya oleh panel, janganlah diamkan diri. cubalah cakap sesuatu untuk yakinkan dia. Ataupun mungkin anda boleh cakap "maafkan saya kerana saya tiada jawapan kukuh untuk soalan encik itu tapi jika encik beri peluang kepada saya pasti saya akan berikan jawapan tersebut kepada encik". Yang penting YAKIN. Jangan lupa senyum ok. Senyuman mampu menceriakan orang sekeliling. Tak semua orang mampu senyum ketika bercakap apatah lagi ketika ditemu duga.


You should be proud. Program ni program yang bertemu duga. Kalau anda berjaya maknanya anda memang hebat. Dalam ribuan calon yang memohon UPU, anda berjaya dipanggil temu duga dan jika berjaya menjadi pelajar program ini, kemasukan kamu ke program ni bukan calang-calang. Hal ini disebabkan anda telah dinilai melalui keputusan peperiksaan dan perwatakan, kebolehan dan keunikan kamu. Patut bangga ok! Berbeza dengan program lain yang tiada temu duga hanya dinilai melalui keputusan peperiksaan sahaja.


Rasanya ini saje soalan biasa yang saya terima. Sebenarnya dari dulu saya nak buat entri khas mengenai program ni tapi sampai ke sudah tak tulis-tulis sehinggalah hari ini. Oleh itu, pesanan saya, buat sehabis baik. Calon yang datang dari jauh untuk temu duga tu, make it worth ok! Kepada bakal-bakal junior saya, say hye hye la kat saya kalau jumpa nanti. Setakat ni ramai junior yang saya kenal sebelum diorang masuk UiTM ni. Kenal pun kerana mereka hubungi saya. Tujuannya sama iaitu nak saya kongsi pengalaman tentang program ni. Tapi kini saya dah nak masuk tahun akhir dah. September intake nanti saya dah semester 5. Semester 6 dah praktikal. Jadi tinggal satu semester je lagi anda akan nampak saya berlegar-legar kat Blok Kenanga tu membeli makanan. Haha

Semoga berjaya dan kepada yang berjaya nanti, tahniah saya ucapkan dan kepada yang tidak berjaya, ingat rezeki dan peluang tu sentiasa ada untuk kita. Ingat tu saja. Allah dah plan baik untuk kita. Lupa nak pesan. yang lelaki tu buat la elok-elok masa temu duga. Ramaikan umat kita kat APB ni ok. Nanti jadi macam saya ni jadi kumbang rebutan. kah kah kah kah muntahhhhh

Saya harap entri ni memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda. Tak kira la untuk kemasukan sept 2014 dan seterusnya. Moga input ini berguna sampai bila-bila sampailah saya dah tamat pengajian. Sharing is caring.

Kalau ada kemusykilan lagi, boleh emel saya azzam.fadzil@yahoo.com atau add facebook saya AzZam_Dengan_Meow. Kalau add fb tu kalau boleh PM sekali ye dan nyatakan yg anda ni calon APB. Nanti saya approve. Saya tak approve sembarangan orang. Cewahh bongkak betul bunyi. Hahaha.

Nak maklumat yang lebih tepat, boleh layari terus ke laman web rasmi Akademi Pengajian Bahasa UiTM ni. Klik Sini



Nah amik. kalau jumpa tu cubit pipi dia ok. hahaha


*update 2016 - penulisan entri ini telah diubah mengikut kesesuaian pembaca. Hehe


Friday, March 21, 2014

Babak Keempat Bermula ^_^

salam semua. berjumpa lagi kita ye. hehe.

sedar tak sedar, meow dah masuk tahun kedua kat UiTM ni. rasa dah tua dah. hehe

dan sekarang meow dah semester 4. ada 2 semester lagi untuk dapat degree in shaa Allah. doakan meow grad on time !

oh ya last 3 weeks meow dan family pergi holiday kat cameron. seronok seronok dan seronok. seriously kesejukan kat sana masih relevan. sejuk sejuk dan sejuk hahaha






now dah third week. hope semuanya okay. dah mula buat tesis. hmm pening jugak nak buat tesis apa. huhu
in shaa Allah ada tajuk tu. hehe

and now about MH370. doakan kesejahteraan mereka semua. Allah nak uji kita. nak kita balik kepada Dia. banyak sangat kelalaian sekarang ni. alhamdulillah sekarang dah hujan tk henti2. berkat doa dan keizinan Allah.

jumpa lagi =)



Wednesday, February 12, 2014

Entiti yang Jelas ?

salam semua. lama tak jumpa. hehe

bila scroll punya scroll terjumpa la latest update daripada blog amazing nara.

kisah pasal penemuan entiti yang sangat jelas kat Singapura.

ayokkkk seram pulak tengok.

kalau rasa nak tengok tu ambil nafas dulu ye. and tayah la tengok lama2. takut terbayang2 pulak.

mustahil ? entah la. kat dunia ni bukan kita je yang ada. makhluk Allah semua ada. so jangan menidakkan dan jangan mengiyakan. hihihi

nak tengok ? nah link ke blog amazing nara http://amazingnara.com/gambarentiti-di-sebuah-chalet-negara-seberang-tambak

credit to : blog amazing nara ^_^