Friday, August 15, 2014

It Was A Tough Semester

Salam semuanya.

Sekarang dah bulan ogos. Bila sampai bulan september nanti, berpusu-pusu la anak-anak cerdik pulang ke kampus masing-masing. So, sekarang enjoy dulu la.

Its a short entry (macam la pernah tulis panjang2 haha) untuk kali ni. Apabila keputusan peperiksaan semester yang lepas diumumkan pada 14hb hari tu (UiTM students), maka meow sudah termasuk dalam golongan pelajar tua di kampus nanti. Adoiii tuanya rase! Final year wei!!! *lompat-lompat

Result meow? haha. Syukur masih okay. Masih lagi berada di tahap yang membuat meow tersenyum bila nak naik pentas waktu convo nanti. Walaupun semester lepas meow diuji pelbagai cabaran, Allah masih bersama meow. Ya memang apa yang meow dapat setimpal dengan apa yang meow usahakan. Mana taknya kalau beberapa minggu tak masuk class. Class Mandarin lagi la. Sebulan tak masuk. Sampai Laoshi tanya meow ni student datang dari mana. Hahaha Eh! tapi meow dapat MC daripada doktor ok. haha

Sangat mencabar. Masalah kesihatan lagi. Tapi tetap gagah ku tempuhi! (sila contohi sifat ini haha)

Untuk pelajar baru yang akan daftar masuk awal september nanti, tahniah ye berjaya masuk. Terutamanya kepada junior2 meow. Tahniah la ye, kalau jumpa meow kat blok Kenanga tu tegur-tegur la weh! hahaha

Dan yang penting, tinggal satu semester je lagi untuk meow masuk class belajar, satu lagi semester praktikal! In shaa Allah nak grad on time.

Ok cukup la kan. Eh lupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ye. kita kosong-kosong ^_^



Selamat Hari Raya!
kalau ada apa2 nak tanya, boleh email meow ok. 24 jam online ^_^
zam_fadzil@ymail.com



0 komen pembaca awesome: