Friday, July 22, 2011

Khasiat Epal Hijau ~~


salam sume ! hah ! kali nie meow nak bercerite pasal kesihatan plak ..oke kan ??? oke dimulakan cerita (sambil bukak kitab) kite cite pasal kebaikan memakan epal hijau..kalo da taw tu bace jugak ! mane taw ade info tambahan kan..jum2 !


korang taw kalo mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.ni ha list kebaikan epal hijau :

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa best kan ? meow pon setuju sebab meow pon suke epal hijau..oke selamat mengamalkan !

*agak2 wujud ta epal biru ? celcom ade epal biru..haha

5 komen pembaca awesome:

Te-Yan said...

makan epal hijau kan memang terbaek...
untuk kuruskan badan pada sesiapa yg nak kurus..

aten qylah said...

wahhh,Aten baru tahu,kena mkn epal hjau bnyak2 bru dpt kurus.hee

Meow Aizawa said...

hehehe inshaAllah kurus kalo praktik dgn cara yg betul..hehe

Luz Claritta said...

so sy da tau, patot la smlm pegy pasa dua org roomate sy beli epal hijau byk2 :) byk khasiat!

Meow Aizawa said...

hehe..lepas nie beli byk2 lg oke =)