Friday, August 4, 2017

Sebagai Pelajar Praktikal

Assalammualaikum wbt,

Semoga sihat-sihat belaka la ye hehe. Sekian lama berehat sekarang baru ada masa nak menulis entri. Kali ni saya nak menulis tentang latihan industri.

Saya harap apa yang disampaikan ini boleh menjadi panduan kepada bakal graduan yang akan menjalani latihan praktikal sebelum tamat pengajian. Walaupun saya baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan dan kurang pengalaman dalam menguruskan latihan industri pelajar, mungkin  ada beberapa perkara yang boleh dikongsikan berdasarkan pemerhatian saya.

Pemahaman saya, tidak semua universiti ada silibus latihan industri dan jika ada pun, tak semua fakulti dan tak semua bidang pengajian kena buat latihan indsutri. Bagi saya, latihan industri sangat penting supaya pelajar dapat pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar.

Jadi, apa saya nak tulis mengenai latihan industri ni? Hehe. Ya, saya nak tulis tentang apa yang perlu kita buat sebagai pelajar praktikal. Kiranya macam "do's and dont" la.


1. Jangan malu bertanya

Waktu latihan industri inilah peluang untuk belajar. Kalau tak tahu atau tak pasti, tanyalah pegawai yang ada. Jangan buat keputusan sendiri. Guna peluang yang kamu ada tu sebab bukan selalu akan dapat peluang macam ni. Kami pun akan berbesar hati untuk untuk ajar kalau kamu bertanya. Biarlah nampak macam tak berapa cerdik sikit tapi sekurang-kurangnya kita dapat ilmu daripada orang yang berpengalaman. Praktikal kan? memang kami faham kenapa kamu banyak tanya hehe.


2. Jangan 'downgrade' majikan

Yang ni janganlah sesekali kita amalkan. Lebih-lebih lagi kalau cakap depan pegawai kamu. Hal ni bukan bermakna kamu kena setuju 100% walau ada kesilapan tapi sekurang-kurangnya jangan lancang bila bercakap. Kalau ada persoalan, utarakan dalam saluran yang betul. Bukannya mengomel sesama rakan praktikal sambil bergelak ketawa pasal majikan. Benda tu akan membuatkan kita jadi kurang adab. Jadi, kalau keliru, tanya pegawai ya. Bukan tanya rakan praktikal kita yang sememangnya 2X5 tak tahu.


3. Jangan naik lemak

Sangat bertuah kalau dapat majikan yang easy going, ramah dan spoting. Tapi ingat, baik macam mana sekali pun jangan sampai naik lemak dengan majikan. Kita perlu tahu batasan kita. Jangan la asal dia baik dengan kita, ajak sembang, ajak makan, ko dah over sampai naik lemak. Contoh naik lemak  macam ni:

Pegawai : Dah baca dah manuskrip tu?
Praktikal : Dah, kemudian saya tido. 

Ini realiti. Betul2 berlaku di tempat saya. Tak sepatutnya cakap macam tu pada pegawai. Nasib baik la bukan saya pegawai tu. Kalau saya, memang saya sekolahkan balik budak ni. Haha


4. Jangan tunjuk pandai

Lebih kurang sama dengan point kat atas, kalau tak tahu tu jangan la nak buat pandai. Tanyalah dulu baru buat sesuatu. Satu lagi, bila kawan praktikal tanya apa-apa tu mintalah dia rujuk pegawai, bukannya terus bagi jawapan yang sememangnya tak sahih lagi. Ni tidak, tunjuk pandai depan kawan walhal ilmu tu tara mana je pun.


5. Jangan 'shoot' pegawai

Yang ni dahsyat sebab saya yang kena. Haha. Mungkin sebab saya ni masih dalam golongan muda jadi beza antara saya dengan pelajar praktikal dalam 2-3 tahun. Tapi itu bukan alasan kamu nak over acting kononnya saya ni kawan kamu. Sebagai pelajar praktikal, jaga batasan dengan pegawai walaupun dengan pegawai muda.

Kalau nak bertanya, silalah tanya. Tapi janganlah datang ke meja saya semata-mata nak bercerita tentang kehebatan kamu semasa di universiti. Mulanya bercerita tentang pengalaman, kemudian bercerita tentang benda lain pulak. Siap nak downgrade lagi background study saya dan kawan saya. Kononnya bidang bahasa di UiTM dan UPM tidak sehebat U*M. Hey, masing2 ada kelebihan dan kelemahan okay jadi jangan tunjuk pandai.


Apa yang saya sampaikan ini anggap sebagai pesanan dan peringatan sahaja. Nasihat saya, jaga nama kamu dan nama institusi kamu dengan baik. Apa-apa yang kamu buat melambangkan kualiti institusi kamu.

Bukan saya nak kata bahawa saya cemerlang masa praktikal tapi saya kalau boleh buat sehabis baik untuk jaga nama baik saya dan UiTM. Pada mata penyelia ketika itu, wallahualam hanya Allah saja yang tahu macam mana. Tapi pada saya, saya dah buat sehabis baik dan termampu. Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih lagi berhubung dengan pegawai saya semasa di Unit Komunikasi Korporat JPA Putrajaya. Selalu juga berjumpa di DBP sebab JPA dan DBP memang ngam. Hehe

Info tambahan, sesiapa yang berminat nak praktikal di DBP boleh la buat permohonan ya. Jom praktikal di bahagian saya. Hehe.

Jumpa lagi!

Nak spam gambar masa saya praktikal dulu hihi


Bersama Puan Najihah. Selalu nama kena assign tugas luar untuk media dan korporat dengan Puan Najihah. hehe


Bersama Encik Faizuri, handle event2 media


                                        
Bersama Cik Emmy, pegawai/penyelia saya masa di Paskom. Banyak ajar pasal penerbitan, korporat dan media. 



0 komen pembaca awesome: