Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf @ Alesha Farhana Meninggal Dunia



innalillah...lepas tinjau2 rakan bloggers yang laen, baru lah meow tahu bahawa saudara kita Mohd Ashraf yang pernah membuat tuntutan mahkamah untuk menukar namanya drpd jantina lelaki (Mohd Ashraf) ke jantina perempuan (Alesha Farhana) telah meninggal dunia..kepade keluarga arwah, tahziah diucapkan..ermmm berguna jugak jadi bloggers sebab tawu berite drpd sesama sendiri..hehe..



Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - Bernama

sumber: malaysiakini

al-fatihah..

*agak2 korang insaf tak ??





1 komen pembaca awesome:

MARZIEAN MOHD SHAPIAN said...

Terima kasih atas info ini. Dah lama tidak melihat berita. Membaca surat khabar apatah lagi.

Walau apapun jadikan ini sebagai ikhtibar.

Bersyukurlah dengan diri kita seadanya.