Wednesday, August 15, 2012

apabila meow botak masuk pejabat sekolah.. haha

assalammualaikum sahabat sekalian blog ! hehe sehat kan ? eshhh dah nak raya ni tak kan la ade yang tak sehat ? ntah-ntah makin berkobar-kobar nak beraya nanti.. baju raya pon dah testing depan cermin setiap hari.. kan kan kan kan ??? haha

oke kawan2, minggu lepas meow balik ke Perak dengan mak dan abah.. balik sebab nak ambil sijil spm meow, ambil baju raya, beli kuih raya, turn abah moreh kat kampung dan sebagainya.. haha..

jumaat pagi tu meow pegi sekolah lama meow *ohh rindunya nak masuk pintu pagar sekolah ni*
masuk pejabat jumpa cikgu Sadatunnazimah yg super terbaek punya cikgu..hehe
keadaan dalam pejabat sekolah dah laen sikit..dah macam kaunter pertanyaan je.. haha.. dan dalam ramai2 orang dalam tu, meow kenal sorang kerani tu je.. yang laen tak kenal...

sambil tunggu kerani tu cari sijil spm meow, meow sembang dengan cikgu Sadatun,

tiba-tiba ...

cikgu sejarah meow itu cikgu Kamaruzaman atau dikenali sebagai "abang K" oleh kami masuk ke dalam pejabat.. meow terpaling pada die dan dia macam tengah recall balik muka meow ni.. dan dialog beliau :

cikgu K : eyhh kamu azzam.. buat ape sekarang ? masuk rekrut ke ??
meow : errr tak la cikgu, saje potong pendek bulan puase ni.. hehe
cikgu K : buat ape sekarang ?
meow : tunggu masuk U je cikgu, tu yang datang ambik sijil spm
cikgu K : bla bla bla bla (meow pon tak ingat ape dah lepas tu) haha

*okay masuk rekrut ?? aww awww teringin jugak nak masuk... ramai cakap meow potong pendek rambut ni sebab bayar nazar la, ape la.. yang kate masuk plkn dan askar pun ade.. haha lawak2..

actually dah lama meow nak botak, cuma baru terlaksana je.. hihi


meow akan masuk askar kalo dapat satu kem dengan Dato Siti.. hihihi


bila masuk sekolah tu, rasa bangga sebab hasil kerja tangan meow dan kawan2 yang laen masih lagi dipamerkan di sekolah.. wahh bangga bangga ! meow tak sempat nak snap hasil kerja tu sebab nak cepat.. haha.. bangga deyh sampai sekarang sekolah tak turunkan benda-benda tu lagi.. geng meow yang buat tu dulu ialah didi, hamdan, acap, wan, daus dan ade yang laen kejap ade kejap takde.. hehe

apa2 pon, SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kg Gajah Perak memey terbaek sepanjang zaman !! eh bukan, sepanjang tahun 2005 sehingga tahun 2009 je sebab waktu tu meow ade.. ahahaha




3 komen pembaca awesome:

Awie Omar said...

Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Baru follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan. Harap sudi la sertai :)

Hans Hanis said...

yups
tu tanda memang hasil tu berkualiti
sebab tu pihak sekolah still letak
hebat2
:-)

Awie Omar said...

terima kasih sudi follow blog aku. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Senang je caranya nak sertai game ni. komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan. Harap sudi la sertai :)