Saturday, August 22, 2015

Done with Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

Salam semua. berhabuk dah ni. Jadi, dengan ini saya nak menghebahkan kepada anda semua bahawa sekarang saya seorang graduan UiTM! hahahaha so proud la!

Alhamdulillah. Perjalanan selama tiga tahun kat UiTM dah tamat, Selalunya orang akan cakap, " ala sekejapnya la rasa tiga tahun dah habis. Rasa macam baru semalam daftar sem satu". Pada saya, "cettt takyah bohong la sekejap. hahaha walhal masa belajar tu keep counting cepat la habis cepat la habis. hehehe

Tapi bila fikir balik, memang ada betulnya masa ni berakhir dengan cepat. Kadang-kadang la ada perasaan macam tu kan. Ke most of the time fikir macam tu? hehe. Ingat lagi post saya sebelum masuk UiTM? hehe budak-budak sangat masa tu. Nak baca balik  entri tu pun rasa macam segan haha ---> Klik Sini

Satu fasa sudah berakhir. Lepas ni fasa lain pula. Dah mula rasa stress. Tapi jangan risau rezeki dan peluang itu sentiasa ada. Percaya pada Dia. =)

Terima kasih kepada semua yang mengenali saya. Muah ciked la!

Thanks UiTM, thanks APB, thanks semua.

Alhamdulillah



Gambar semasa buat pembentangan latihan industri. Poyonya ishhh


Last day as a practical students. Masih gigih!




Monday, April 20, 2015

Latihan Industri di JPA Putrajaya

salam. sekarang dah takde kisah masuk kuliah. hanya kisah kerja. hehe
meow praktikal di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya dan ditempatkan di Unit Pasukan Komunikasi KPPA.

So far seronok sebab relates dengan my course work. meow kat sini dengan classmate meow juga. meja sebelah2 je. hehe. tugas kami ni diberikan by weeks. attend event and buat write up utk laporan. kami diletakkan bawah penerbitan dan korporat. so, setiap hari ada je event yang kami kena pergi and buat laporan pasal event tu.

most of the time, just half day je duduk dalam office. kalau event pagi smpai tengah hari, petang lepas lunch baru ada kat office. kalau event petang pulak just pagi ada kat office. best jugak. at least takde la beku duduk office ni.

sepanjang kat sini juga meow nampak la environment bekerja ni. boleh la kutip pengalaman hari demi hari. bos, pegawai and staf-staf lain pun baik-baik. yang bestnya, selalu dapat  makan free. hehehehe.

bila attend event, dapat kenal dengan pelbagai jenis orang. dari jabatan itu, jabatan ini. boleh la buat network sikit2. hehehehe

ok la. see yaaa =)