Saturday, April 23, 2016

Esok, My Graduation Day!

Salam semua. fuhhhh fuhhhhhh lama tak menulis. Bila tengah menulis ni teringat la saat saat aktif menulis dulu. Ya, saat aktif tu dulu semasa zaman belajar di UiTM. Sebab apa rajin, sebab penat menaip assignment, alang alang tulis la blog ni.

Jadi, nak hebahkan satu perkara ni. Esok 24 April 2016 adalah hari saya bergraduasi sebagai graduan Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Ya Allah, berjaya juga tamat ijazah ni. Saya pernah jatuh, terguling-guling pun ada, Namun, masih dapat berdiri semula dan berjaya! Ya! Paling penting berjaya dengan kewujudan bintang pada nama saya! Alhamdulillah.

Walaupun sepatutnya saya dan rakan-rakan yang lain bergraduasi pada tahun lepas, kegembiraan di saat ni tak tergambar dah, Semua yang berlaku ada hikmahnya. Hehehe.

Okay, tak sabar nak upload gambar bergraduasi secara rasmi esok. So, tengok la dulu pre-convo punya dulu. hehe




cak cak cak! cukup la sekeping dulu =)



1 komen pembaca awesome: