entry untuk kali ni agak geli + jiwang.. sorry la derrr... waa dlm ganaz2 ade taman derr dalam hati.. hehe
"Azzam, aku rase tadi kau macam susah hati je..oke ke?"
terkesima sekejap bila membaca mesej yang dihantar oleh Ana.. terus ingatan meow terimbau meningatkan ape yang berlaku dalam 12jam yang lalu di Alamanda Putrajaya.. dalam hati meow, "eh, aku nampak sangat ke tak oke ?" '
meow hanya jawab jawapan yang klise..yang biase org pakai iaitu "takde pape" .. sebab itulah ayat yang mampu meow jawab atas soalan Ana tadi..
hari ni, meow lunch dengan Ana kat Alamanda..yela, alang2 nak bagi pendrive so rehat sekali ngan die..sebab die kerja kat Big Apple..
1st jumpa tu pon Ana dah cakap meow nampak tak sihat.. ehh meow sehat je alhamdulillah.. selepas tu meow sedaya upaya menceriakan muka meow..hihi
tapi, tak sangka la bila dah malam ni Ana still tanya ada masalah ke tak..hehe
sedaya upaya nak ceria macam cik matahari kita nie.. agak2 mampu ke ? hihi
manusia punya hati, punya minda, punya perasaan. semua sama kan..tapi, yang membezakan manusia adalah isi hatinya, cerdas mindanya dan kawalan perasaannya.. satu lagi, manusia berbeza dalam menghadapi sesuatu perkara.. sama jugak cara menyembunyikan perasaan..
meow suke lepak2, sembang2, do something fun dalam hidup..kenapa ? sebab meow rasa sedetik untuk seronok dan lupa kesedihan... tapi, tak pernah nak lari dari kesedihan... susah tawwww....kalau meow nak happy, meow buat something yg fun.. yela kene la fun kan diri kan..
tapi, bila meow rase down or ta best dalam hati ni, meow dengar lagu, jalan sorang2 dengan motor, duduk depan cermin, dannnn satu lagi cakap sorang2...haha.. tapi meow bukan gila oke !!!mungkin ini cara meow kan..so meow selesa..
tapi, kalao sembunyi macam mana pon, orang laen boleh detect, macam mana nak buat ni ?? adehh !! perlukah meow pakai topeng ? errhhhh !
*itu cara meow, cara anda ???