Saturday, January 29, 2011

Misteri Volkswagen kuning

Hye sume !
kali ni meow nak kongsi dengan kamu sume tentang kesah misteri 
kereta Volkswagen Kuning yg pernah mengemparkan negara 
tak lama dulu.meow nak kongsi cikit bukan ape, kesah ni betul2 buat
bulu roma naek. Apabila difilemkan, lagi bertambah seram.. Cerita 
ni selalo disiarkan kt astro citra lately. Meow pulak tgk sorg 
waktu malam. Gile ke hape ! haha.. Muzik latar saje meremangkan
bulu2 segale yg ade. (ahak ! bulu ?? !! )
tambah lagi dgn pelakon mantap2 spti zamarul hisham.
ery putra, ben ngasri, janet khoo, sharifah shahira n ejoy..
Tapi time tu dowank sume keding2 lgi.. Kdg2 lawak plak tgk 
muke dowank time mude2..hahahaha ! tapi mmg seram arh ! haha








*hati2 la korank bile nmpk Volkswegan ni malam2 kt lebuhraye tu..
doa byk2 ! huhu


-selanjutnye..

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu,
 yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang.
 Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan
 raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih 
belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan
 yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen 
kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan 
yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah 
kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya 
dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning
milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara
untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, 
jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat
orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar 
jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya 
pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan
secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan
gangguan Volkswagen kuning. 


* agak2 ade lagi ke kereta ni ? wee ~~







Kesah Ain Maisarah

Ain Maisarah ? Sape tu ? haaaaaa....
Kalo dengar drpd name pon da sedap kan.?
Mesti ar... Name da sedap, orangnyer jugak cantik..hehe

Actually Meow ta kenal la Ain Maisarah nie sangat ( sory yer jgn ade yg terase) Pade tanggal
28januari2011 baru ar meow kenal.. Bersejarah bukan ?  (sgt lah) haha.. Kalau na tahu, Ain Maisarah
ni penulis novel remaja yg popular taw ! No wonder la meow tataw sebab meow na sentuh novel
pon alamat macam tunggu kucing terbang la jawabnyer..huhu.. Sesiapa yg suke baca novel mesti
familiar la dengan nama tu. Yela, drpd feedback yg meow dapat kebanyakan semua kenal Ain Maisarah
ni (great job !) haha
Mesti na tahu macam mana meow bole kenal Ain Maisarah pd tarikh tu kan ? haaaa actually semasa
majlis bacaan yassin kat sekolah pagi jumaat semalam, cikgu da uar-uarkan kedatangan Ain Maisara ke SMKBBST..wawww ! hehe.. Mesti ramai yg nak jumpe die kan.. yela, mane taknye drpd edaran yg
kitowg dapat, semua hasil tulisannya memang kena dgn minat remaja masa nie.. So, ta mustahil ar kedatangan Ain Maisarah ni boleh dapat sambutan kat sekolah-sekolah..haha..

Daripada edaran tu terdapat 15 buah buku yang telah diterbitkan. Sebagai contoh, Aku Mahu Buli dan
Aku Mahu Popular. Menarik kan ? Tapi , dalam banyak2 terbitan tu, meow tertarik dengan novel sequel yang bertajuk Aku Mahu Ke New York 1 dan Aku Mahu Ke New York 2..haha tengok kulit depan saje meow da tertarik nak baca novel tu.. Tapi tapi tapi tapi, meow membaca ? alamak ! satu muka surat ta
abes lagi meow da tido ! kah3 ! Oleh sebab penulis ni mggunakan animasi sebagai kulit depan, membuatkan tanggapan pembaca bahawa novel2 itu menarik untuk dibaca.haha !

Ain Maisarah akan datang ke sekolah meow hari isnin ni 31januari2011utk road tour nyer.. Nanti akan
ade jualan novel2 jugak.... Gerenti gempak punyer ar beb ! haha.. Dapat pulak tgk van pink die tu..
haha comel ar..haha..
Jadi, nanti meow akan sambung lagi cerita ni ape plak yg jadi pade hari isnin tu k ! haha..
Sebelum meow tinggalkan post kali nie, meow sempat scan edaran yg diberikan kepada kami.
jumpa lagi !!! meow2 !



                            

                                   Dan ini antara novel-vovel terbitan beliau.. Menarik bukan ? !



        Sambil tu meow nak pesan yg korang korang n korang bole la berlari  atau merangkak ke
         mane2 bookstore yg ade menjual hasil karya Ain Maisarah nie oke !

   * kalo merangkak jam berape na sampai ? hahahaha

Wednesday, January 26, 2011

Once, Creepy.. Then Touched..

              Janji Kawan..


                          Inilah page view die yg sempat meow scan..


Teman2...
post kali ni meow na kongsi satu cerita yg amat menarik..cukup untk menggambarkan janji seorang kawan kpd kawannya.ini cerita seram 
dan meow ambil daripada buku koleksi seram meow iaitu bertajuk "Jangan Tutup Lampuoooo..."..cerita ini dikarang oleh Toopai. Baca dan hayati cerita ini..
 Amat menyentuh kalbu + sedeyh = apekah ? layaannnn..


       Kisah ini tidak dapat aku lupakan seumur hidupku. Maliki dan aku merupakan sahabat
 baik sejak kecil. Kami tinggal berdekatan dan berkawan dari darjah satu sehinggalah ke
 hari ini di mana kami belajar di kolej yang sama. Kami juga mempunyai hobi yang sama
 iaitu gemar mengikuti rombongan percutian. Selalunya kami mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh kak sharifah, pegawai tadbir kolej kami kerana ianya yang paling ekonomi 
(ta paham sgt ayat ni, mungkin pasal harga trip murah kowt). Setiap 4 bulan sekali kak
 sharifah akan menganjurkan rombongan percutian ke destinasi-destinasi menarik di 
dalam negeri.
       Kali itu kami berdua sepatutnya bercuti ke satu destinasi air terjun yang sangat popular
 di selatan tanah air. Namun malangnya di saat-saat akhir aku tidak dapat menyertainya 
kerana dijangkiti chicken pox. Apabila aku tidak pergi, Maliki pulak menjadi hilang minat
 dan dia juga tidak mahu pergi. ”Kau jangan jadi bodoh, kan ramai budak lain yang na pergi!”  marahku padanya. ”Ah !, tak samalah kalo kau takde !.boringlah nak explore sorang-sorang!”.”Iki, esok mak mak aku dah nak ambik balik rumah.kolej plak dah cuti.kau nak 
buat ape kat rumah kau ? kau jangan nak menggatal nak bazirkan yuran penyertaan tu. 
Kau pun tahu kan yg kak sharifah dah kata dari dulu lagi, batal last minute – no refund ! 
kita..!? Akhirnya setelah puas berbalah aku berjaya membuatkan Maliki menukar fikirannya.” Tapi, ada syaratnya ! Tiba-tiba dia tersengih bersuara. ”Kau kena bagi aku pinjam kamera
Nikon FM2 kau !” Mendengarkkan permintaannya aku pulak yang mengeluarkan alasan berbakul-bakul. yelah..Kamera tu kamera kesayangan aku. Setahun aku kumpul duit nak 
beli camera tu ! Tapi Maliki memang pandai memujuk,macam aku jugak… Akhirnya aku mengalah dan melepaskan kamera aku kepadanya. ”Kau jaga baik-baik kamera aku ni ! 
kalau tak, putus kawan tau !” Gurauku semasa menyerahkan kamera itu kepadanya. Maliki seperti biasa tersengih lebar dan mengenyit mata di sebelahnya. Rileks la Adnan, aku janji 
aku jage die dengan nyawa aku !”

         Esoknya Maliki bertolak ke destinasi percutian itu dengan 40 orang lagi pelajar dan pekerja kolej kami sementara aku dijemput ibu untuk balik ke rumahku di Kajang, Selangor. Memang bosan bila sakit seperti itu. Aku hanya duduk terperap sahaja dirumah. Maliki menelifonku sesampainya dia di sana. Air terjun tujuh tingkat itu memang indah katanya. Airnya begitu jernih berkilat. Ada kolam semula jadi sedalam 24 kaki di paras paling atas. Cemburu jugak aku mendengar ceritanya. “Kau jangan lupa, ambik gambar best-best cikit!” Aku mengingatkan. ”Itu mestilah ! kan aku ni kawan sejati kau! Kau tu je, jangan nangis dok 
kat rumah sorang2. Kehkehkehkeh !” sempat dia menyakat aku sebelum meletakkan telefon.

          Malam itu hujan renyai2. Angin bertiup sejuk tapi ianya tidak menolong aku untuk lena. Terpusing-pusing badan aku di atas katil bujang itu tapi mata aku tamau juga tutup. Entah kenapa. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Penghuni rumah aku lainnya semua sudah lena dibuai mimpi. Akhirnya aku bangun dan menghidupkan komputer untuk bermain game. Rumah aku separuh kayu saparuh batu. Bilikku terletak di tingkat bawah. Sedang aku asyik bermain game tiba-tiba tingkap bilikku diketuk orang. Aku mengagak itu mesti kawan-kawan yang tidak boleh tidur juga. Member-member baik aku termasuk maliki yang tinggal berdekatan selalunya akan mengetuk cermin tingkap aku apabila mereka tidak boleh tidur 
dan ingin mengajak aku keluar minum. Aku bingkas bangun dan menyelak langsir. Tiada sesiapa ! aku geleng kepala… Ni kalau bukan Sharul, msti Sham. Diorang berdua ni memang suka menyakat . Aku buat tak peduli dan dudik kembali. Tiba-tiba aku aku rasa seram sejuk semacam. Langsir yang menutupi tingkap aku melayang-layang ditiup angin.

         Dan pada masa yang sama telefon di bilik aku tiba-tiba bordering. Apabila aku mengangkatnya terdengar suara sayup-sayup suara Maliki. “Adnan…aku da simpan simpan kamera kau bawah batu tepi pokok meranti. Aku tinggalkan takut basah tapi aku tak dapat 
nak ambik balik. Maafkan aku…ka..kaki aku tersangkut kat akar…” dan dengan tiba-tiba juga talian itu terputus.  Hati aku berderau. Apa yang telah terjadi kepada maliki ??

            “APA ? !!” aku hampir terjatuh bila mendengar kata-kata Kak Sharifah bila aku menelifonnya dan memberitahu pengalaman aneh aku itu. Maliki rupanya hilang sejak 
petang semalam. Dia katanya ingin berjalan-jalan mengambil gambar tetapi tidak pulang-pulang hingga malam. Mereka masih mencarinya ketika itu. Aku beritahu Kak Sharifah apa yang aku dengar daripada telifonku. Esok paginya pasukan penyelamat menjumapai mayat Maliki dari dalam kolam air terjun di paras paling atas. Mayatnya dijumpai tersangkut pada akar di kedalaman 15 kaki bawah air. Sama seperti yang dikatakan kepada aku !! Maliki dikatakan mati lemas sejak petang semalam. Dia disyaki tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam tersebut semasa ingin membasuh kakinya yang terpijak selut.. Kesan tapak kaki berlumuran selut juga dijumpai beberapa batu berhampiran dengan kolam  air terjun itu.. Mereka juga turut menjumpai kamera aku yang terbungkus elok di dalam plastik di balik 
batu berdekatan dengan pohon meranti berhampiran  kolam air terjun itu. Maliki sememangnya telah menjaga kamera aku dengan nyawanya..

          Tiga tahun telah berlalu semenjak kematian Maliki namun, hingga sekarang aku tidak dapat melupakan panggilan telefon malam itu serta kesan selut yang aku temui pada simen 
di luar bilik aku keesokan harinya… Semoga ALLAH mencucuri  rahmat ke atasnya..sekian..


Macam mana ?
Pada meow, cerita ni sangat menarik kerana si penulis pandai bermain dengan due emosi iaitu perasaan seram dan perasaan sedih..
Setelah baca hasil nurkilan Toopai ini pada tahun 2000 dahulu, meow hampir jadi “drama queen” (ratu ayer mata) hahaha  !!! bese la dulu kan ta matang lagi..
Tapi bila baca balik tahun 2011 ni, perasaan yg same datang balik (tapi ayer mata tarak kuar meyh !)
Jux sedih dan terkenang janji seorang kawan..
Thx untuk sesiapa yg sudi luang masa menelaah post meow kali nie ! thx !

*meow pon seram sejuk sebab waktu meow taip kisah ni jam pukul 12.oomalam..
wee !!


Tanyalah diri anda, adakah anda seorang kawan seperti Maliki ?

Monday, January 24, 2011

Meow | Kesah 4 orang sahabat siri 2

Kesah 4 orang sahabat siri 2

Di satu kampong yg sunyi, tinggal 4 orang anak “dara” sunti yg agak2 “lawa”.
Anak2 “dara” tersebut juga dikenali sebagai
Nik : Nikon
Mar : Mari bertaranum
Ed : Edah
Tasha : Tushut
Keempat-empat anak dara ini mempunyai tabiat yg sama iaitu mengendap 4 org 
anak TERUNA di kampong tersebut (errr terbalek plak..gasaklahh !!)
Anak2 TERUNA yg baek hati serta mempunyai hati yg luhur tersebut ialah
Ajie : Joel
Ajer : Jerry
Ajam : Jamy
Usain : Saini
Kesahnya, apabila keempat2 anak TERUNA ini mengambil WUDUK di sungai (lebih afdal), mereka sering 
di ganggu oleh keempat2 anak “dara” tersebut..dengan hati yg sabar dan yakin 
anak2 teruna tersebut menganggap perkara itu adalah COBAAN kerana mereka hanya berada di kampong tersebut selama 2 bulan sahaja.. sehingga tiba suatu hari apabila anak2 “dara” tersebut sedang mengintai 
anak2 TERUNA itu , salah seorang anak “dara” tersebut iaitu Edah telah terjerumbab jatuh ke dalam 
sungai lalu lemas, Nikon cuba membantu tetapi gagal, begitu juga Mari bertaranum (pnjg sgt nme kaw ni !).Tushut yg panik terus menjerit meminta tolong (sambil membuat gaya lady gaga) dan anak2 TERUNA tersebut menyedarinya lantas bergegas 
ke sana..

Usain yg meng-offerkan diri utk myelamat terus terjun untuk myelamatkan mereka tetapi kakinya tersangkut 
pada dahan pokok di tebing sungai.Usain pengsan dan Jerry menarik kaki Usain ke darat.Jerry ingin myelamatkan anak2 dara tersebut tetapi menyedari bhwa dirinya tidak tahu berenang..then, dgn gagah dan gaya herculesnya Joel muncul dan sudah bersemangat utk terjun ! Jamy yg tercengang cuba utk mberhentikan Joel tetapi suda terlambat..anak2 dara yg hampir lemas tersebut tersentak dgn satu pemandangan (sambil memikirkan syurga).Jamy sempat menepuk dahinya, 
Jerry menganga tidak henti dan Tushut yg kaget dari tadi terus pengsan !(gaya lady gaga nari olala).peristiwa memalukan telah berlaku !
Rupa2 tanpa disedari rupanya Joel memakai jubah dan apabila Joel terjun, 
kain jubahnya terangkat ke atas seperti peserta terjun !! (jgn tanye Joel pkai speN** ke ta !)gatai !
Anak2 dara tersebut berjaya juga diselamatkan  tetapi semasa dihantar ke hospital keempat2 ank dara 
tersebut dalam keadaan yg sadis..mata terbeliak dan giginya gugur satu demi satu setiap 10minit..
Anak2 teruna tersebut berasa bangga(bangga sgt lah !) dan mggelarkan diri mereka TERUNA WORRIOR !
Wacchhhaaaa !!!
Ps : cerita ini hanya rekaan semata-mata oke ! untuk makluman anda, jalan cerita ini dikarang dalam masa 20minit dan ditulis BUKAN berdasarkan pengalaman si penulis ! haha
Balasan utk post ed ! hihiihi
                                                                           

Meow | Anda Matang ?

matang..
ape itu kematangan ?

Matang diukur dengan kedewasaan pemikiran 
dan keseriusan dalam tindakan.Umur bukan penentu kematangan. Penentu kematangan adalah kefahaman. Apabila manusia berjaya mencapai kefahaman ini, barulah dia dikira sebagai matang dalam erti kata sebenar.

matang itu bukan sahaja dari segi penampilan ataupun fizikal.
sebenarnya kematangan seseorg itu terletak pada emosi, rohani, dan mentalnya.perkara yg amat penting adalah mengatasi masalah dengan 
sifat rasional dan berfikiran waras..tidaklah terus melulu bersikap childish dan 
melarikan diri kan..

bagaimana kita mahu berdiri sendiri jika kita terus melenting dgn percakapan 
orang ?malah, jadikan itu sebagai kayu pengukur untuk mendorong diri kita 
ke arah yg lebih positif..

niat sebagai kawan selalu .disalah erti mengapa ?
adakah masih belum capai tahap kematangan yg dimaksudkan ?
perkara ini rumit.kita manusia tidak sama..semua berlainan..
apa yg dibuat seperti ejekan atau guruan "tusuk dalam" itu apa 
motifnya kalau bukan utk myedarkan sekeliling anda.kamu sedar akan hal itu ?
adakah kamu anggap itu sebagai penghinaan ?
bukankah itu salah satu isyarat utk anda berubah ?
mengapa sering disalah erti ?

~ to husain hamid :

ni pon kalo ko bace..matang la sikit..ko ta paham maksud tersirat aku..aku nak tengok cara ko 
hadapi soklan2 aku tu tapi aku rase aku tanye benda2 yg rasional kn..aku ta tanyer soklan merepek2..
cam ne ko na jalani kehidupan sbg mnusia kalo ko cepat melenting then bsikap mcm kanak2 
apabila "disergah" macam tu ? we are19 already la..hidup ni lagi dasyat drpd ape yg aku buat tadi.
kalo yg tadi pon ko ta dapat na terima, yg lain mcm mne...skop dunia ni besar...pemikiran 
ko mungkin ta dpt melangkau drpd kebiasaan..sebab tu la ko cepat pandang negatif 
dan anggap apa yg aku buat tu as "penyebok" , "busybody"..tapi kalo ko amati betul2, ko dapat tangkap ape yg aku na sampaikan..aku rase sebelum ni aku ta penah bercakap face to face ngn ko macam tadi..so kenapa nak rosakkan perbualan tadi dengan perangai budak2 ko tu ?
ko ingat ape yg aku buat sebelum ni hina ko ke ? ape yg diorang cakap tu hina ko ? betol la ko ta paham..sebab, kalo ko paham ko mesti dapat terima..itu semua teguran membina..aku lebih suka gunakan cara ko sedar sendiri drpd org lain sedarkan straight forward..aku mmg sengaja bt mcm tu sbb na tgk tahap mane ko boleh tahan kene psyco..kite lelaki la sen..aku paham la sebab aku pon lelaki..talk as a man oke ! dalam diam aku perhatikan kawan2 aku, makin penink aku..
semua dengan peel masing2..dalam diam aku terfikir macam mane na bentuk kawan2..aku pon ta perfect mane..tapi at least ta nampak freak depan org lain..teguran itu membina selagi ko paham maksudnyer..



Moga menjadi bahan muhasabah diri kepada anda pembaca di luar sana untuk mengukur kematangan diri.



Mari tanya diri kita, apakah kita hari ini matang?

Sunday, January 23, 2011

Meow | Kesah Hari Ini

adumak !

hari ni pagi2 lagi da kene buat keje...aduyaii...memandang semalam da melantak bagai gajah ta dapat makan 4 bulan, hari ni kne bgerak byk...adusshhh !!

makan jep aku taw ! haha mane ta gumux kn ?
bangun pagi aku kene pegi Giant sebab printer aku problem..ish3...seb bek da oke...tu pon aku amek petang sebab aku naek moto jep pagi tadi...aku bukan hercules na bawak printer sebesar kaki gajah tu naek atas motor..kui3..
then aku pi bank Islam plak...ni lgi myakitkan hati sebab aku tpakse kuarkan sume dwet aku  !!!! mengirappppp !!!!! agaknyer bank ni kaye raye so tade simpan duit kecik2...bole kuar dwet besa je ! ishhhhh !!!! dwet aku pon tade la besa sgt pon ! cukop la burger king ke , mcd ke..hahahaha !
so dgn hati jujur dan bersih aku kuarkan sume duit dlam bank tu..Then dgn rase insaf  aku terpiker matilah aku kalo aku terpakai duit nie..huhuhuhu...

*syhhhhhh jgn bagitaw abah aku taw !! kite membe kan ?? haha

hahaha....so aku baru balek dri amek printer aku..yeay2 da bole print meng-print ! haha..
oke lah na siapkan kerja berjuta2 ringgit aku ni...ta siap kene geget lak !! wee !!! daaaaa



               MEOW tinggalkan post kali ni dgn video ni plak oke !


                            

     *yg taleyh blah apebile ayat ni "what she doing ? " dicakap dgn muke        
                        annoying sekali   
          padan muke kaw telur durjana ! ahaha
                     

Friday, January 21, 2011

Meow | Mukadimah

Assalamualaikum...kpade sape2 yg baca tu jawab la yer...haha..actually this is my second blog..1st one damnly useless rite now..so,kite buka cerita baru kat blog yg ini suda oke ? hehe..Untuk mukadimahnya, cukuplah pemilik blog ini dikenali sbg meow sahaja..wahhh ! haha..nama "meow" saje da cukup bukti yg meow ni mmg minat kuceng2..haha..poyolah aku na cite hal2 nie ! haha..

ni la baby kuceng yg mjadi pewaris rumah meow

ni plak mmg na antar kat zoo sbb badan flexible..buat show dpt untung maaaa !
                                                                
                                                                     comel kan mereka ? =)



tu baru cikit.ade lagi pic2 kuceng meow yg meow simpan...akan dipaparkan utk sekalian nanti2 uke !

Actually kenangan 2010 mmg banyak dan kalo boleh meow nak kongsi dlm blog nie..tapi akan diusahakan perlahan-lahan..hehe..oke la meow tinggalkan post kali ni antara video kuceng2 meow k..see yaa !! wee ~~


                                                       ~ Pergaduhan Tuah dan Jebat..haha ~

                                      

                                              ~~  Kuceng yang suci lagi bersih..hehe ~~