Saturday, August 22, 2015

Done with Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

Salam semua. berhabuk dah ni. Jadi, dengan ini saya nak menghebahkan kepada anda semua bahawa sekarang saya seorang graduan UiTM! hahahaha so proud la!

Alhamdulillah. Perjalanan selama tiga tahun kat UiTM dah tamat, Selalunya orang akan cakap, " ala sekejapnya la rasa tiga tahun dah habis. Rasa macam baru semalam daftar sem satu". Pada saya, "cettt takyah bohong la sekejap. hahaha walhal masa belajar tu keep counting cepat la habis cepat la habis. hehehe

Tapi bila fikir balik, memang ada betulnya masa ni berakhir dengan cepat. Kadang-kadang la ada perasaan macam tu kan. Ke most of the time fikir macam tu? hehe. Ingat lagi post saya sebelum masuk UiTM? hehe budak-budak sangat masa tu. Nak baca balik  entri tu pun rasa macam segan haha ---> Klik Sini

Satu fasa sudah berakhir. Lepas ni fasa lain pula. Dah mula rasa stress. Tapi jangan risau rezeki dan peluang itu sentiasa ada. Percaya pada Dia. =)

Terima kasih kepada semua yang mengenali saya. Muah ciked la!

Thanks UiTM, thanks APB, thanks semua.

Alhamdulillah



Gambar semasa buat pembentangan latihan industri. Poyonya ishhh


Last day as a practical students. Masih gigih!




Monday, April 20, 2015

Latihan Industri di JPA Putrajaya

salam. sekarang dah takde kisah masuk kuliah. hanya kisah kerja. hehe
meow praktikal di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya dan ditempatkan di Unit Pasukan Komunikasi KPPA.

So far seronok sebab relates dengan my course work. meow kat sini dengan classmate meow juga. meja sebelah2 je. hehe. tugas kami ni diberikan by weeks. attend event and buat write up utk laporan. kami diletakkan bawah penerbitan dan korporat. so, setiap hari ada je event yang kami kena pergi and buat laporan pasal event tu.

most of the time, just half day je duduk dalam office. kalau event pagi smpai tengah hari, petang lepas lunch baru ada kat office. kalau event petang pulak just pagi ada kat office. best jugak. at least takde la beku duduk office ni.

sepanjang kat sini juga meow nampak la environment bekerja ni. boleh la kutip pengalaman hari demi hari. bos, pegawai and staf-staf lain pun baik-baik. yang bestnya, selalu dapat  makan free. hehehehe.

bila attend event, dapat kenal dengan pelbagai jenis orang. dari jabatan itu, jabatan ini. boleh la buat network sikit2. hehehehe

ok la. see yaaa =)








Thursday, December 25, 2014

Last Class For Degree =)

Salam semua. Haihhh secara rasminya tamat sudah la sesi kuliah meow untuk degree ni. Bila nak cakap sekejap je rase masuk class tu, macam tak relevan pula. Kenapa? haha Sebab waktu sibuk-sibuk dengan class tu hati ni membuak-buak la cakap "bila la nak berakhir semuaaa niiii!!' hahaha
kan?? jangan la nak nafikan. hehehe

So, macam  biasa, masanya dah tiba. Dah habis dah pun sesi masuk class untuk meow. Haihhh

Rasa seronok ada, teruja pun ada. Walaupun sebenarnya perasaan takut tu lagi banyak. Sebab lepas ni nak tempuh satu lagi fasa baru dalam hidup iaitu kehidupan pekerjaan. Apa la keje aku nanti hehehe.. In shaa Allah kerja yang baik-baik. Usaha dan tawakal.

Macam biasa, bila dah sampai semester akhir ni kita dah mula rasa rindu dan sayang pada kawan-kawan kelas dan semestinya tempat hari-hari kita pergi nak belajar. Kolej Kenanga tetap dalam ingatan. Hahaha

Tapi, perjuangan nak habiskan degree ni belum habis lagi. Lepas ni meow kena fokus pada final exam. Mula 29/12/2014 sampai la 17/01/2015. Kemudian, fokus untuk thesis pula *Hmmm ni lagi menakutkan. Lepas tu fikir pula praktikal. In shaa Allah praktikal bulan 4 nanti. Dah selesai semua ni, baru la boleh rasa lega dan menunggu saat naik pentas ambil ijazah kesayangan. Hahahaha


                                Bersama pensyarah MGT417 Madam Nusrah




                                Bersama penyarah IBM530 Madam Norriati                                                              



                Bersama pensyarah BMP538 Puan Zuraidah *berpindah ke oversea pada 20 Dis yang lalu




                                Bersama pensyarah RET531 Madam Zarith Delaila



                                Bersama pensyarah CTU553 Ustazah Nurul Huda



                                               

                                Bersama pensyarah ETR300 Sir Adlan



                                Bersama pensyarah BEL499 Madam Masturah




so overall, it was a great moments with them! goodluck thesis and your internship uolls !

alamak sedihnya, no more class lepas ni. Tak perlu bangun awal pagi siap-siap nak pergi kelas.. Arghhh definitely i will miss that !!


*ha yes! apa yang anda lihat memang benar. Benarlah di belakang kami tu TV LED. Hehe. Kami tak pakai projecter untuk kuliah. Setiap kelas kami disediakan TV LED. Best tak? Jom masuk UiTM!! hahaha *Waktu rehat layan movie la apa lagi. Hahahahahahaha =P