Tuesday, April 26, 2016

Officially Graduated !

Salam semua. Alhamdulillah setelah tiga tahun berperang dengan mental dan fizikal, kini saya secara rasmi bergelar graduan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam. Walaupun istiadat konvokesyen saya ditangguhkan hampir setahun, namun segala kepuasan pada hari istiadat memang unbelievable! Tarikh keramat 24 April 2016 tak akan pernah dilupakan.

Perasaan memang bercampur baur. Ada rasa seronok, rasa puas, rasa sedih, rasa sebak, rasa rindu dan termasuk semua jenis rasa la sekarang ni.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog saya selama ini yang majoritinya adalah bakal-bakal calon pelajar Akademi Pengajian Bahasa. Terima kasih! kerana andalah blog saya masih lagi aktif setiap semester. Walaupun saya dah alumni, saya tetap menerima soalan-soalan daripada adik-adik yang berminat dengan bidang pengajian saya, Saya rasa inilah salah satu tugas saya sebagai alumni dan salah satu cara saya untuk membalas budi kepada APB dan UiTM.

Kalau nak hubungi saya, boleh berhubung melalui emel saya azzam.fadzil@yahoo.com atau facebook saya AzZam Dengan Meow. Kalau boleh, perkenalkan diri dahulu ya ;)

Okaylah. jom tengok sikit gambar formal masa saya konvo! hehehe.




Sangat bertuah sebab yang sampaikan sijil ni Prof Canselor UiTM. Nasib dapat sidang awal. hehe










Cantik kan gambar studio ni? Meh saya nak promote sikit. Gambar studio ni saya ambil dengan Lensalyza Studio yang berpusat di Johor. Tapi diorang ni buka booth sepanjang konvokesyen UiTM ke-84 ni di booth carnival bersebelahan Roshni Seksyen 7 Shah Alam. Tak tahu kat mana? haha ala Roshni ni parking bertingkat sebelah Paparich tu. Masuk ikut Jakel or Petronas Seksyen 7. Kalau nak booking boleh call 0177872778. Cuba la, ada pakej lain jugak yang pastinya berbaloi. Material gambar pun lain dari yang lain. Tak macam kertas gambar yang biasa, Harga sangat berbaloi ikut pakej. Pakej paling mahal pun RM150 saje. Yang seronok juga gambar siap dalam masa sehari dan akan ada candid poses! Hehe jom cuba!




Terima kasih! Gambar kenangan bersama-sama sahabat akan dimasukkan dalam entri seterusnya! hehe

4 komen pembaca awesome:

Mar Mansor said...

tahniah

Madam N said...

TAHNIAH..

Mawardi yunus said...

Tahniah bro, bulan 10 nnti giliran saya pula Insyaallah

Anonymous said...

Assalamualaikum. Mungkin tuan bernasib baik. Tp saya tidak merekomenkan kedai ni kepada siapa2 yang berhajat untuk mengambil gambar konvo. Pertama, penghantaran melalui pos teramatlah lambat. 2 bulan baru dapat. Gambar diambil pada 26/4/16. Kedua, Pakej yang dibayar adalah Pakej D RM150 iaitu dapat sekali 2 Frame, pos RM10, so total RM160. Tp yang sampai hanyalah gambar2 dan tiada satu pun frame. Ketiga, emel, whatsapp, dan telefon tidak berbalas dan tidak berjawab. Keempat, kualiti gambar yang teruk. Bayangkan dlm gambar tu boleh nampak cahaya flash. Sungguh tidak amanah dan tidak professional. Berwaspadalah. Nak gunakan juga khidmat mereka, gunalah. Saya hanya berkongsi apa yang terjadi kepada saya sahaja. Saya akan melaporkan hal ni kepada KPDNKK.