Monday, September 1, 2014

... Seorang Mahasiswa.

Salam. Selamat datang bulan September. Bulan yang meow tunggu setiap tahun. Kenapa? Sebab 22 tahun yang lalu, bulan ni la menjadi saksi kelahiran seorang insan yang cukup sifat yang dianugerahkan hidung pesek, kulit sawo matang, dan keluarga yang sangat baik! Hahahaha

Bulan september ni juga merupakan bulan yang dinanti-nanti oleh mereka yang nak mendaftar ke IPTA. Tahniah! Tak silap meow ada IPTA perlu daftar 1hb dan ada yang 2hb. Apa-apa pun selamat menjadi mahasiswa dan mahasiswi. Belajar rajin-rajin dan jangan malas-malas. Hehe.

Kepada mereka yang berjaya masuk ke UiTM lebih-lebih lagi course meow, selamat datang! hahahaha. Selamat berkampung di UiTM dan Kolej Kenanga. Hehe. Oleh sebab itu, meow nak bagi tazkirah sikit kepada anda anda anda dan anda yang nak masuk Universiti ni.

1. Niat
Perkara yang paling penting bila kita nak buat sesuatu mesti kena ada niat. Kenapa kita nak buat atau untuk apa kita buat? Semestinya kena ada niat atau sebab kan? Patikan niat kita betul. Niat nak belajar, nak tolong ibu bapa, nak jadi contoh kepada adik beradik dan sebagainya. Ataupun ada yang niat nak cari jodoh? haha masing-masing punya hak. Tapi, berikan keutamaan kepada belajar dulu ok!

2. Budaya
Ada sesetengah orang mudah nak biasakan diri dengan budaya baru tetapi ada lagi ramai yang susah nak biasakan diri dengan suasana baru. Memang normal la perkara ni. Semua orang akan hadapi perkara yang baru. Bezanya cuma bagaimana kita nak berhadapan dengan situasi tu. Dunia ni luas, macam-macam kerenah. Jangan lalai! Jangan leka! Buka mata buka hati. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya luar sampai lupa niat utama kita datang ke tempat tu. Kalau dah terpengaruh, cepat-cepat betulkan niat tu sebelum hanyut lebih jauh!

3. Kawan
Di universiti ni, macam-macam jenis orang yang kita akan jumpa. Ada yang pendiam, ada yang peramah, ada yang banyak mulut dan yang jenis bawa mulut pun ada. Masa semester satu memang jangka masa mengenali kawan-kawan baru anda. Masuk semester dua, kamu akan tahu perangai mereka sebenar. Masa tu mulalah ada puak la group baru la apa la. Kalau rasa selesa, just caryy on ok. Kena pandai pilih kawan. Tetapi jangan pula sampai sisihkan kawan. Siapa la kita nak menghukum kawan tu. Kalau dia tak cekap buat assignment, jangan la pulaukan dia. Bantulah dia. In shaa Allah kalau kita sabar, mesti ada yang baik terjadi pada kita nanti. Hidup jangan berkira, jangan rasa diri sempurna. Kita sama-sama belajar. Belajar terima kekurangan orang lain dan orang pun akan terima kekurangan diri kita.

4. Jodoh
Amboi kalau cerita pasal jodoh tu mesti tersenyum sampai telinga. Hehehehe. Masing-masing punya takdir la kalau jumpa jodoh kat universiti. Tapi rasanya memang ramai yang jumpa jodoh masa tengah belajar. Hmmm tak tahu nak tulis apa pasal jodoh sebab meow pun tak jumpa lagi jodoh kat UiTM ni. Haishhh dah tahun akhir dah ni! Hahaha

5. Graduasi
Perkara yang diimpikan oleh semua pelajar! Dapat grad on time! Ahahaha. In shaa Allah kalau semua perkara  kita jaga, mesti berjaya punya lah! Masa nak grad nanti kena pastikan fizikal kita ni elok seeloknya. Yela nak abadikan gambar kita dengan segulung ijazah kena la nampak segak. Haha. Tak sabar nak grad tahun depan. Yeayyy!!!

Ok cukup lah tu. Meow pun tak hebat lagi nak cakap banyak-banyak. Akhir sekali, selamat datang adik-adik junior ke Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam !!!!




4 komen pembaca awesome:

Unknown said...

Ex form six smkbbst ke?

Azzam Fadzil said...

yer saya. hehe

Unknown said...

Me too. Saya batch 2013. Dapat uitm shah alam jugak 😆

Unknown said...

no.5? wahhhh saat tu yg paling kite semua tunggu2 sbb segala pengorbanan lalu terbalas juga cewahhh ;p