Nampaknya ini entri terakhir untuk tahun 2016. Oleh itu, saya nak imbas kembali saat-saat atau peristiwa yang bernilai terjadi pada saya sepanjang tahun 2016. Kalau nak dikatakan, tahun 2016 ni merupakan tahun terbaik saya setakat ini. Lebih kurang ayat omputeh "the best of 2016". Nak tahu kenapa? Jom sambil baca sambil tumbuk sambal belacan. Eh! haha
1. Turun Berat Badan!
Eh dah tentulah ini sebab utama yang membuatkan saya lebih bersemangat sepanjang tahun 2016 ni.
satu je nak cakap. Bukan senang nak kurus woi! Saya akui memang susah gila. Tapi bila dah berazam tu kena la sungguh-sungguh. Pada Ogos 2015 berat saya 75kg dan pada Disember 2015 berat saya 60kg. Alhamdulillah saya dapat kurangkan 15kg masa ni.
Ingat senang? Hahaha inilah salah satu benda paling gila saya buat. Tapi ok la. Walaupun berat saya masa menaip ni takde la 60kg dah. Dah terlebih 2-3kg. Ala tiba-tiba stress. Ok takpe azam tahun 2017 mesti nak dapatkan berat 60kg balik!
Jujurnya, disebabkan saya dapat bentuk badan yang ideal masa inilah yang membuatkan tahun 2016 saya sangat menarik! Serius tak tipu! Ahahaha. Nak tahu rahsia? Takde rahsia apa pun. Mungkin saya akan kongsi dalam entri tahun 2017 nanti. Hehehe.
2. Graduan Berbintang!
Semestinya apa yang membuatkan tahun 2016 ni menarik adalah tarikh keramat pada 24 April 2016 merupakan tarikh konvokesyen saya setelah 3 tahun berjuang. Walaupun saya dah tamat belajar setahun yang lepas pada tahun 2015, kepuasan konvo tu tetap ada (UiTM tangguh konvo batch saya) Hehe.
Alhamdulillah saya dapat konvo on time dan yang penting ada bintang! Eheheh walaupun bintang tak banyak, saya tetap... mmmm tetap... ala tetap bangga la sebab ada bintang. Ingat senang nak jadi graduan berbintang?? Hahaha. Eh ada tak tahu pasal bintang ni? hehe.. Mmm macam ni la nak mudah cakap, Kalau ada bintang tu maksudnya best student la. makin banyak bintang makin best best best student, Hehehe. Bintang ni based on CGPA and CGPA 3.00 ke atas saja bergelar graduan berbintang. Haha gitu kisahnya,
3. Kerjaya Tetap.
Orang kata rezeki tu ada tunggu masa je nak sampai pada kita kan. Seminggu selepas saya berkonvo, saya dihubungi oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bahawa temu duga saya berjaya dan saya terpilih! Alhamdulillah. Inilah peluang dan rezeki saya, Pada tarikh 10 Mei 2016 bermulalah kehidupan sebenar saya di muka bumi ini, Acecece.
Sejujurnya, berkhidmat di organisasi yang besar dan berpengaruh ni sangat mencabar dan memegang amanah yang tinggi, Sebab apa? sebab kami berkerja untuk rakyat. Lagi satu, berkerja dalam bidang kita sendiri amatlah seronok, seronok dan seronok. Tak semua graduan dapat kerja mengikut bidang pengajian. Alhamdulillah, saya dapat menikmatinya,
4. Dapat Anak Syurga!
Ini sebab yang sangat comel. Sebab apa? sebabnya, tahun 2016 ni saya dapat anak buah. Bukan seorang, dua orang sekali! Hahaha. Penantian sekian lama dalam keluarga saya. Akhirnya lahirlah anak buah yang pertama pada 20 Ogos 2016 iaitu puteri kami Annisa Miqaila manakala pada 11 Disember 2016 putera pula iaitu Muhammad Izzdiyad. Kegembiraan berganda-ganda!
Sorang hero sorang heroin. Elok la sangat kan. Cepat besar ok nanti boleh ikut acu pegi shopping. Eh? hahaha
Begitulah sikit sebanyak apa yang boleh saya kongsikan. Tak boleh kongsi lebih-lebih nanti orang bosan. Bukan apa, selebihnya itu biarlah menjadi privasi. Terima kasih juga kepada semua yang saya kenal selama ni. Kepada mereka yang buat kehidupan saya lebih bermakna. Terima kasih.
Terlalu banyak suka duka sepanjang 2016 ni. Semestinya, 2016 akan dirindui selalu! Terima kasih 2016 sebab corak perjalanan saya tahun ni nampaknya positif. Hehe.
2017 akan datang, kita akan tengok nanti. Terbaik atau tidak? In shaa Allah.