Friday, May 23, 2014

Temu Bual Bersama Ben Ashaari

Salam semua. entry kali ni merupakan entry throwback meow. al maklum la busy mengalahkan presiden.

Semester ini, meow kena buat satu sesi temu bual dengan individu yang bekerjaya. Temu bual ni merupakan tugasan individu meow untuk semester ni. Tak kisah la individu tu terlibat dalam bidang apa pun. Classmate meow ada yang pilih pengusaha butik, kedai makan, kolam pancing, model sambilan, seramik, dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakan mereka memilih untuk menemu bual individu yang berjaya membuka perniagaan sendiri.

Mulanya risau juga sebab meow takde idea nak temu bual sape. Bila tengah scroll instagram, ternampak abg Ben Ashaari. Then meow rase why not temu bual abg Ben. Advantage kepada meow sebab pensyarah meow cakap sebelum ni takde student yang temu bual penulis blog. So im the first.

Nasib meow baik sebab Abg Ben sudi bekerjasama dengan meow. Meow pilih Abg Ben sebab Abg Ben penulis blog yang famous dalam kalangan blogger kat Malaysia ni. Menulis blog ni pula boleh menjadi salah satu sumber pendapatan penulis blog. So, itulah yang meow cuba ketengahkan dalam sesi temu bual tu. Macam mana nak jana pendapatan dengan hanya menulis blog ? blogger mesti tahu kan macam mana. hehe.  Kebetulan juga kami menetap di kawasan yang sama.

Alhamdulillah sesi temu bual berjalan dengan baik. Abg Ben sangat membantu memberikan idea. For real, seronok dapat bersembang dengan Abg Ben. He is very kind person. Friendly. Qhaliff pulak adoii comel.. haha. Kami mula temu bual seawal jam 7.30 pagi. Awal kan ? hehe iade semua fresh. hehe

Terima kasih Abg Ben sebab sudi meluangkan masa untuk sesi temu bual tu. Bukan senang nak berurusan dengan orang yang sibuk. and tahniah atas kelahiran Zahra Nur Iman. hehe
gambar ? hihi



pengalaman yang berguna. hehe

so kepada anda yang nak kenal Abg Ben Ashaari ni lagi boleh intai2 blog beliau ok 


Saturday, May 17, 2014

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional) UiTM.

Assalamualaikum.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang bidang pengajian saya di UiTM. Saya menulis entri khas ini untuk adik-adik yang berminat dengan kos Bahasa Melayu di UiTM khususnya kepada mereka yang berjaya dipilih untuk ditemu duga. Jangan gusar dan jangan bimbang. Saya akan kongsi dengan anda.

Kepada anda yang berjaya ditemu duga, boleh rujuk kat sini ya.

1) Soalan 
Program ni tentang apa ?

Jawapan
Program ini dinamakan pengajian Bahasa Melayu Komunikasi Profesional kod program LG221 dan kini LG241. Saya batch lama so kod program saya LG221. Sekarang adik-adik baru semua dah tukar kod iaitu LG241. Sepanjang program ini, kami dididik untuk menguasai bidang bahasa Melayu dan komunikasi yang berkesan. Antara subjek yang ditawarkan adalah :

Tatabahasa Melayu,
Penulisan Akademik,
Linguistik Am,
Pemikiran Kritis
Budaya & Kosmologi Melayu,
Sosiolingustik Melayu
Bahasa & Media Interaktif,
Bahasa Melayu Khusus,
Analisis Kontrastif,
Protokol & Etika Sosial,
Terjemahan,
Analisis Wacana
Ketrampilan Perucapan,
Semantik,
Pragmatik,
Ketrampilan Penghujahan,

Senarai ni antara subjek yang ditawarkan dan tidak termasuk subjek bahasa ketiga dan subjek elektif yang lain. Di samping itu, kami dididik untuk berkomunikasi secara profesional. Maksudnya, sepanjang pembelajaran akan ada pembentangan sama ada individu atau kumpulan. Insha-Allah communication skills semakin baik.

*new update 2016 - Untuk makluman, senarai subjek untuk kos ini terdapat penambahan subjek. Maklumat terbaru yang saya peroleh terdapat beberapa subjek telah dimasukkan dalam senarai subjek iaitu Penyuntingan, Korpus dan Fonetik. Selain itu, batch baru kini sudah boleh memilih subjek elektif sama ada bidang pengurusan perniagaan atau meneruskan bidang bahasa Melayu bak kata orang "Bahasa Melayu tulen"

2) Soalan
Skop kerja macam mana ?

Jawapan
Secara jujurnya pada pandangan saya, peluang kerja tu bergantung kepada rezeki masing-masing. Semua orang akan dapat cuma bezanya cepat atau lambat. Mungkin ramai yang anggap bidang bahasa Melayu ni kurang mendapat perhatian dalam sektor pekerjaan. Tapi tu semua alasan yang tak membina malah pelajar lepasan program ini tidaklah dipinggirkan dalam sektor pekerjaan seperti yang disangka. Semua bergantung kepada usaha kita. Pelajar lepasan program ni ada yang menjadi pensyarah Bahasa Melayu/Bahasa Kebangsaan sama ada di UiTM ataupun IPT lain. Pensyarah saya di APB pun ramai yang merupakan senior kami. Ada yang jadi cikgu, editor, dan penterjemah. Bagi batch pertama sehingga batch lapan, subjek elektif yang ditawarkan adalah subjek pengurusan perniagaan. Jadi, pelajar lepasan program ini boleh masuk ke bidang pengurusan pernigaan. Oleh sebab program ini digelar komunikasi profesional, bidang komunikasi pun boleh masuk.

Kalau ada yang kata bidang bahasa Melayu ni masa depan tak cerah, kita ni boleh jamin ke semua tu? yang penting niat belajar, usaha nak dapat sesuatu dan tawakal lepas usaha. Boleh je kalau nak buat bisnes sendiri, atau buat tuisyen. masyuk tau.

Sebenarnya, kalau nak senang dapat kerja kena pastikan kemahiran komunikasi tu pada tahap tip top di samping CGPA yang cemerlang. Peluang kerja bukan terhad kepada bidang pengajian saja. Kalau CGPA bagus, mudah sikit. Kalau rendah tu yang banyak merungut mengganggur. Tapi kan, walau bidang pengajian gempak sekali pun (not to mentioned) tapi CGPA teruk, nak bercakap dengan orang pun tak yakin, macam mana majikan look forward nak ambil kita? Ada jaminan dapat kerja? Majikan mana nak graduan yang tak mahir komunikasi dan CGPA teruk kan ? Jadi boleh renungkan.

Saya sertakan di bawah ni merupakan prospek pekerjaan yang saya peroleh dalam laman web Akademi Pengajian Bahasa UiTM.
Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan adalah seperti berikut :
  • Agensi Kerajaan dan Swasta
  • Penerbitan Khusus Bidang
  • Pengurusan dan Pentadbiran
  • Perhubungan Antarabangsa / Diplomatik
  • Perhubungan Korporat
  • Perhubungan Awam
  • Pemasaran
  • Media (Radio / TV)
  • Periklanan
  • Kewartawanan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pelancongan, Perkhidmatan & Khidmat Rekreasi

3) soalan
Macam mana sesi temu duga tu?

Jawapan
Masa saya hadir temu duga dulu pada tahun 2012, saya ditemu duga oleh tiga orang panel yang merupakan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB). Pengalaman saya dulu, panel akan minta calon perkenalkan diri dalam bahasa Melayu. Saya cerita lah apa-apa yang menarik tentang saya haha. Bila dah habis, panel  tanya  soalan yang dia nak tanya. sama ada tentang isu bahasa ke, isu semasa ke, isu-isu kebiasaan ke. Jadi kena peka dengan perkara ni. Bila dah selesai sesi  bahasa Melayu, akan ada panel lain tanya dalam bahasa Inggeris pula. Jadi calon kena la jawab dalam bahasa Inggeris. Sebab mengapa calon ditemu duga dalam bahasa Inggeris kerana subjek elektif program ini ini dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris tetap penting ok.

Masa saya dulu, temu duga bahasa Melayu saya cerita pengalaman saya bekerja part time di KLIA. Then untuk temu duga bahasa Inggeris tu, panel suruh ceritakan pengalaman pahit sepanjang saya bekerja kat sana. Mulalah saya membebel dalam bahasa Inggeris. Jangan risau, Guna basic English je. Yang mudah untuk kita cakap dan mudah untuk mereka faham.

Jangan rasa terkejut kalau panel tanya soalan yang tiada kena mengena dengan program atau bidang bahasa. Layankan sahaja. Panel juga tahu erti bosan asyik tanya pasal bahasa je kan. Kadang-kadang ada calon yang disuruh untuk berlakon la, menyanyi la, bersajak la. Layankan sahaja. Itu maknanya panel suka anda! Semasa saya temu duga dulu salah seorang panel tanya saya elemen dalam puisi iaitu perbezaan sajak, syair, pantun dan seloka. Bila saya dah terangkan, panel suruh saya berpantun pula. Hahahaha kelakar masa tu. Jadi saya berpantun la macam ni:

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

*sambil senyum

Panel semua ketawa kemudian salah seorang panel (Prof Madya Ismail Abd Rajab) cakap "saya suka pantun tu macam pantun membodek"
Hahaha. Niatnya memang membodek. "berjumpa lagi" tu membawa maksud "take me as your student!" Haha. Alhamdulillah sebab tu berjaya kot. Hehe. Sesi temu duga saya tu sekitar 30 minit.

4) Soalan
Tips untuk temu duga?

Jawapan
Temu duga ni diadakan untuk melihat kemampuan calon untuk berkomunikasi. Jadi, semasa menjawab soalan tu kena yakin. Eye contact kena jaga, Body movement pun kena jaga, Jangan terlalu pasif. Tunjukkan minat anda untuk masuk program ni. Antara perkara yang perlu dielakkan, jangan bersikap sambil lewa. Jangan sesekali anda menyoal panel tu semula. Sebagai contoh, panel tanya anda tentang MH370 dan anda soal balik "tak kan encik tak tahu?". Jangan sesekali jawab macam tu. Walau anda tak tahu sekali pun tentang apa yang ditanya oleh panel, janganlah jawab sedemikian atau mendiamkan diri je. Cubalah cakap sesuatu untuk yakinkan dia. Ataupun mungkin anda boleh cakap "maafkan saya kerana saya tiada jawapan kukuh untuk soalan encik itu tapi jika encik beri peluang kepada saya pasti saya akan berikan jawapan tersebut kepada encik". Yang penting YAKIN. Jangan lupa senyum ok. Senyuman mampu menceriakan orang sekeliling. Tak semua orang mampu senyum ketika bercakap apatah lagi ketika ditemu duga.


You should be proud. Program ni program yang bertemu duga. Kalau anda berjaya maknanya anda memang hebat. Dalam ribuan calon yang memohon UPU, anda berjaya dipanggil temu duga dan jika berjaya menjadi pelajar program ini, kemasukan kamu ke program ni bukan calang-calang. Hal ini disebabkan anda telah dinilai melalui keputusan peperiksaan dan perwatakan, kebolehan dan keunikan kamu. Patut bangga ya. Berbeza dengan program lain yang tiada temu duga hanya dinilai melalui keputusan peperiksaan sahaja.


Rasanya ini saje soalan biasa yang saya terima. Sebenarnya dari dulu saya nak buat entri khas mengenai program ni tapi sampai ke sudah tak tulis-tulis sehinggalah hari ini. Oleh itu, pesanan saya, buat sehabis baik. Calon yang datang dari jauh untuk temu duga tu, make it worth ok! Kepada bakal-bakal junior saya, say hye hye la kat saya kalau jumpa nanti. Setakat ni ramai junior yang saya kenal sebelum diorang masuk UiTM ni. Kenal pun kerana mereka hubungi saya. Tujuannya sama iaitu nak saya kongsi pengalaman tentang program ni. Tapi kini saya dah nak masuk tahun akhir dah. September intake nanti saya dah semester 5. Semester 6 dah praktikal. Jadi tinggal satu semester je lagi anda akan nampak saya berlegar-legar kat Blok Kenanga tu membeli makanan. Haha

Semoga berjaya dan kepada yang berjaya nanti, tahniah saya ucapkan dan kepada yang tidak berjaya, ingat rezeki dan peluang tu sentiasa ada untuk kita. Ingat tu saja. Allah dah plan baik untuk kita. Lupa nak pesan. yang lelaki tu buat la elok-elok masa temu duga. Ramaikan umat kita kat APB ni ok. Nanti jadi macam saya ni jadi kumbang rebutan. kah kah kah kah

Saya harap entri ni memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu anda. Tak kira la untuk kemasukan sept 2014 dan seterusnya. Moga input ini berguna sampai bila-bila sampailah saya dah tamat pengajian. Sharing is caring.

Kalau ada kemusykilan lagi, boleh emel saya azzam.fadzil@yahoo.com atau add facebook saya AzZam_Dengan_Meow. Kalau add fb tu kalau boleh PM sekali ye dan nyatakan yg anda ni calon APB. Nanti saya approve. Saya tak approve sembarangan orang. Hehe

Nak maklumat yang lebih tepat, boleh layari terus ke laman web rasmi Akademi Pengajian Bahasa UiTM ni. Klik Sini






*update 2016 - penulisan entri ini telah diubah mengikut kesesuaian pembaca. 
*update 2021 - rasa tua betul bila baca balik entri ni. kepada adik-adik yang nak mohon bidang ni, moga berjaya ya. Saya dah super duper senior dah ni ikutkan tahun 2021. hehe. Ni semua salah Covid-19 sampai saya update semula blog ni haha.