Salam semua. meow nak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji @ Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia (walaupun hakikatnya pembaca meow dalam Malaysia je) hehehe..
seronok tengok kemeriahan sambutan hari raya qurban ni. tambahan lagi kat negeri Pantai Timur disambut secara besar-besaran. tapi kat sesetengah tempat langsung tidak rase kemeriahan hari raya haji ni. kenapa ? hehe ntah tanya la diorang. hehe
tapi itu bukan isunya.
meow nak cerita tentang perangai orang kita suka post gambar dengan kepala lembu/kerbau/kambing.
meow faham ramai yang excited gila2 masa raya ni kan. tambahan pula 1st time tengok orang buat korban. jadi kekadang tu sikap teruja kita tu akan membuatkan kita melakukan benda yang kurang manis. meow tak cakap salah or berdosa tapi meow rasa kurang molek.
setahu meow, kita tak boleh ada rasa kesian yang melampau terhadap haiwan yang bakal dikorbankan. ini apa yang mak meow ajar dari kecik. yela kalau kita kesian sampai meratap2 lembu tu, elok ke ? sanggup ke nak makan ? agaknya bila lembu dah jadi sup pun kita menangis tengok sup tu. hehehe.
jadi, itulah rasionalnya. kalau kita ada semangat cintakan haiwan yang extreme, jangan ah kita duk mengcangkung beria-ria tengok haiwan tu kena korban. nanti kita yang emo sana sini.
tapi, bukanlah maksud meow sesiapa yang takde semangat cintakan haiwan tu boleh buat sesuka hati. tetapi ada segelintir manusia sampai ada ambik kepala lembu tu then tunjuk 'peace' kat kamera. kemudian upload kat instagram, facebook and so on. caption tak nak kalah pulak tu. manis ke macam tu ? meow tanak cerita pasal pahala or dosa buat macam tu.
bukan apa, sebab kita ni di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. (if u know what i mean) kita kena jaga sensitiviti setiap kaum. kan 1 Malaysia !! hehehe
tapi pada pendapat meow, tak perlu sampai macam tu sekali. kita buat molek2 ok. hehe
so betul atau tidak ?? hihi
*teringat pula time raya haji meow kecik2 dulu. tengah melapah lembu tu sekali ada baby lembu dalam perut dia. okay yang tu memang kesian !!!! sob sob sob