Sunday, February 24, 2013

Teman Terulung ^_^

salam semua.. sehat kan.. hehe.. okay hari ini hari ahad, hari isnin bakal tiba tak lama saja lagi.. masa berganti masa, hari berganti hari..

okay guys, untuk memenuhkan blog meow ni, penat memikirkan tentang ape meow nak taip.. but suddently my friends mention about "teman terulung" on whatsapp..



actually, sesuatu terjadi kepada meow dan rakan2 seminggu yang lalu.. tapi, perkara tu membuatkan kami tahu erti teman ketawa dan teman menangis.. everyone knows that, setiap pengalaman mematangkan kita. jadi, perkara yang terjadi itulah yang mengeratkan dan mematangkan persahabatan kami.

teman untuk ketawa sangat mudah untuk kita cari, tetapi teman untuk menangis amat sukar untuk dicari. bak kata member meow *umpama mengutip mutiara antara pelangi* .. wahh masyukk kan ayat dia.. hahaha
bila dah dapat, jagalah ia kerana percayalah ianya susah untuk diganti dan dicari..

what ever it is, everythings going to be fine as well. and we did a good job..  and i love my friends ^_^


contoh macam doreamon dan kawan2 dia.. selalu bergaduh dan berbeza tapi mereka saling melengkapi !


Friday, February 15, 2013

Ini Satu Titik Permulaan

salam semua.. sehat belaka kan ? kalo perasan sekarang dah ada background music dalam blog meow kan ?   sebelum ni ada tapi dah crack so meow ganti yang baru..

so now we are going to talk about goals, aim, or something relates.. setiap orang ada harapan, tujuan, matlamat kan.. kalo takde tu hurmmmmm ntah la weh.. pegi la cari matlamat dulu.. ehehe.

jadinya, setiap daripada kita ada matlamat bila memulakan sesuatu perkara. contoh : kita kerja sebab nak dapatkan duit untuk keperluan kita sendiri.. dalam hidup ni even dalam satu hari, macam2 yang kita buat ada sebabnya. bezanya sama ada kita sedar atau tidak.. so simple right ??

bila dah masuk Uni, tak lain dan tak bukan matlamat kita nak berjaya, nak pasangan (ehhhh), or paling menjadi idaman dapat dekan setiap sem so PTPTN tayah bayar !! hahaha (bagi yg dapat PTPTN la).. so ape patut kita buat selain daripada belajar belajar dan belajar...

ape yang meow nak cakap, Alhamdulillah pencapaian pertama meow tidak mengecewakan walaupun meow boleh capai lebih baik lagi.. jangan ditanya kenapa, kerana keputusan sudah muktamad..  ^_^



taraaaaaaaaaaa.. no C !!!! yeahhh !!!

syukur atas keputusan ini yang padan dengan usaha meow.. untuk semester satu ni meow dapat 3.30.. I just want to share with you guys. meow akui usaha meow tak seberapa disebabkan leka dengan budaya di UiTM ni.. ape2 pon masih lagi boleh dibanggakan..

subjek "membunuh" macam linguistik dan Malay grammar dapat jugak meow tawan walaupun sekadar B+..
hehehehe

so, kepada rakan2 semua tu tahniah sebab memperoleh keputusan yang baik ok.. tak kira berapa sekali pon, anggap ini satu cabaran untuk kita berusaha lebih next semester !

ini satu titik permulaan bagi meow dan meow target dean list sem depan ! inshaAllah.. doakan meow ! anda yakin, meow yakin !!! yihaaaaa !!


Friday, February 8, 2013

It is simple but memorable ^_^

salam semua.. selasa hari tu kami plan buat trip ke PD.. actually just suka2 mengisi masa lapang.. kami ada dalam 11 orang.. pergi dengan 3 kereta.. best la.. kami bbq, makan, mandi, babana boat, best best..

hari bekerja orang tade la ramai sangat..hari tu best je..mendung, panas pon tak.. matahari ala2 segan nak tunjukkan diri dia tu.. tapi ade la rintik2 sikit..

tapi meow tak snap pic pon kat phone meow. pic sume kat camera kawan.. so meow tade pic2 tu. cuma ade satu pic meow je berangan tepi pantai.. hihihi


feeling ombak rindu . haha


dan, disebabkan gambar ini jugak lah meow perasan kehadiran lemak2 asli dan tepu yang semakin rancak muncul dalam diri meow. aduiyai.. oleh sebab itu meow nak kembali kepada saiz normal meow sebelum ni !! arghh stress gemuk !! macam mana tak gemuk kalo duduk rumah je makan je keje kan ? haha

anyway, gathering ni simple but nice.. sangat enjoy and we had fun together.. inshaAllah next time nak pergi lagi.. walawehh !

eh jap ! untuk story tambahan esoknya kami main bowling pulak.. 1st kami main ramai2 then untuk 2nd game just 4 org compete iaitu meow, raja, mar dan nik.. dan the results :


kaum adam mengalahkan kaum hawa.. haha... the winner is raja 114, 1st runner up is meow 88, 2nd runner up is mar 77 and 3rd runner up is nik 70... its ok meow kedua pon boleh janji lelaki menang ! hahaha

nak repeat ? oyeahhh ayuhhh !!! ^_^



Friday, February 1, 2013

Talking about 'Mimpi" ^_^

salam semua.. selamat sudah bulan januari kini dah bulan februari.. sedar tak sedar cuti sem meow tinggal sebulan je lagi.. huwaaaa tanak tanak tanak ! haha..

oke kawan2 sekalian, this time Iam gonna talk about mimpi.. yeah mimpi.. tapi meow bukan nak story pasal mimpi 18sx pulak.. hihi .. no no no no no.. *meow story sebab ada blogger request.. kan encik arjuna ? hahahaha..link beliau blog Mr. Arjuna



mimpi tu perkara normal. bezanya sama ada kita ingat lagi atau tak je mimpi tu.. tapi kan, apa beza mimpi dan mengigau ?? haaaa.. meow ni kira pakej sikit.. mimpi siap dengan ngigau.. haha..

kisah 1
cite ni daripada mak meow sendiri. dulu masa meow kecik2, kami stay kuaters klinik desa tapi rumah kami je dalam pagar tu.. tade family lain.. meow pernah mengigau tengah malam sampai buka kunci pintu rumah dan keluar malam tu.. nasib baek mak tahan.. katenye la..meow tak ingat sangat.. ehehe..naseb baek la mak tahan.. kalo tak, tak tahu la meow ke mana masa tu.. hihihi.. ntah2 jadi cucu bidadari. hihi



ha gini le gamaknye meow dulu.. bahaya ni sleepwalking.. hahaha


kisah 2
cite ni daripada kakak2 meow sendiri.. masa kecik2 dulu kat sekolah, ade seorang gadis (errrrrrr) menjadi kegilaan ramai (ditakuti ramai sebenarnya) hahaha.. namanya Peah.. actually that girl something wrong la.. but she is not making trouble with others. she is in her own life.. haha.. but, pada satu malam tu boleh pulak meow mengigau siap panggil nama si Peah tu banyak kali.. adehhh malu meow !!! hahaha.. start daripada hari tu selalu jadi bahan dorang sampai la meow dah tua bangka ni..haha.. what ever it is, Peah still in my mind.. hahahaha


kesah 3
cite ni pulak time meow dah sekolah menengah rasanya. time tu meow tido kat ruang tamu.. agaknya penat sangat sampai tetido dan yang lain tak tido lagi.. yang meow ingat, mak meow ade cakap sesuatu dalam mimpi then meow sambung "ha yela nanti ajam belikan untuk mak".. and masa tu meow terjaga.. tengok kakak2 meow ketawa kuat cakap ape meow merepek tu.. hahaha..mak meow pon lebar je senyumnye lawak tengok anaknye mimpi nak belikan something untuk dia.. haha.. mesti mak ingat barang kemas tu,.hahaha

kesah 4
cite ni paling baru..masa meow dalam uitm tu.. haha..meow antara orang yang tido awal..yang lain lambat.. nak dikatakan meow mengigau 2 hari sekali..roomates meow selalu cerita ape yang meow ngigaukan.. ade satu malam tu, meow tengah tido. then sorg roomates terusik meow. then boleh pulak meow tersenyum time tu.. then meow gelak kuat2 plak tu.. roomates cakap masa meow gelak tu seolah2 meow tengah rasa kepuasan.. hahahaha lawak gila.malu pon ade.. start daripada malam tu dorang selalu perhatikan meow then cerita esok harinya.. haishhhh tade keje lain bebudak ni selain dengar orang ngigau.. ahaha..

banyak lagi taw..tapi meow tak berapa ingat yang lain tu..selalunya meow mengigau dengan bercakap sampai kawan2 terkejut.. haha..gasak la korang dapat roomates macam meow.. hehe..

but, ade sesetengah mimpi yang meow takut sangat dengan tafsirannya, and ntah la tapi tafsiran tu seolah2 terjadi betul2 kerana tafsirannya sesuatu yang tak baik.. antaranya :

mimpi 1
meow mimpi ular kejar meow and bunuh kawan meow di blok sekolah meow.. beberapa hari lepas tu meow dimasukkan ke dalam wad di hospital Columbia Asia selama 4 hari 3 malam sebab demam panas secara mengejut. suhu badan meow mencecah 40-41 darjah celcius.selama tu, sebanyak 8 botol air dimasukkan ke dalam badan meow..masa tu bulan puasa tahun 2010 dan meow tidak dibenarkan puasa selama 6 hari.. alhamdulillah meow sembuh dan selamat ganti puasa.

mimpi 2
meow mimpi disengat oleh lebah di dalam rumah. beberapa hari lepas tu semasa meow dalam perjalanan ke sekolah waktu pagi. meow terbabas semasa turun bukit sehingga meow dihempap motor sendiri.helmet meow terpelanting ke bawah bukit. buku2 berterbangan..kaki meow tersangkut pada moto. naseb baek tade kereta or motor lain belakang meow time tu..kalo tak, mesti tak wujud blog ni. meow tetap pergi sekolah sebab time tu exam muet. tapi meow tak boleh berjalan sampai cikgu sedar dan terus hantar ke klinik.. kaki meow dikhuatiri patah sehingga senior meow angkat meow masuk kereta..meow berkerusi roda di hospital Putrajaya. tapi alhamdulillah kaki meow tak patah.but, start daripada saat tu, meow ada masalah dengan backbone meow until now..sometimes sakit tu datang dan akan menyiksa meow..huhu



tu la antaranya yang meow ingat, tapi Allah maha besar.. meow anggap ini semua dugaan untuk meow.. jadi meow redha dan laluinya.. mungkin ya dan mungkin takde kena mengena dengan mimpi. tapi, tade yang mustahil bagi Allah.. atau yang lebih tepat lagi, inilah peringatan daripada-Nya iaitu melalui mimpi..

so kawan2, apa2 pon yang terjadi, sentiasalah berdoa untuk memperoleh mimpi2 yang indah.. hehe



oke jum layan mimpi malam ni.. hihi *ehh ! meow pon ada mimpi tentang buaya la..macam mana tu eh Mr, Harith ???? hehehe... ^_^