Friday, August 4, 2017

Sebagai Pelajar Praktikal

Assalammualaikum wbt,

Semoga sihat-sihat belaka la ye hehe. Sekian lama berehat sekarang baru ada masa nak menulis entri. Kali ni saya nak menulis tentang latihan industri.

Saya harap apa yang disampaikan ini boleh menjadi panduan kepada bakal graduan yang akan menjalani latihan praktikal sebelum tamat pengajian. Walaupun saya baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan dan kurang pengalaman dalam menguruskan latihan industri pelajar, mungkin  ada beberapa perkara yang boleh dikongsikan berdasarkan pemerhatian saya.

Pemahaman saya, tidak semua universiti ada silibus latihan industri dan jika ada pun, tak semua fakulti dan tak semua bidang pengajian kena buat latihan indsutri. Bagi saya, latihan industri sangat penting supaya pelajar dapat pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar.

Jadi, apa saya nak tulis mengenai latihan industri ni? Hehe. Ya, saya nak tulis tentang apa yang perlu kita buat sebagai pelajar praktikal. Kiranya macam "do's and dont" la.


1. Jangan malu bertanya

Waktu latihan industri inilah peluang untuk belajar. Kalau tak tahu atau tak pasti, tanyalah pegawai yang ada. Jangan buat keputusan sendiri. Guna peluang yang kamu ada tu sebab bukan selalu akan dapat peluang macam ni. Kami pun akan berbesar hati untuk untuk ajar kalau kamu bertanya. Biarlah nampak macam tak berapa cerdik sikit tapi sekurang-kurangnya kita dapat ilmu daripada orang yang berpengalaman. Praktikal kan? memang kami faham kenapa kamu banyak tanya hehe.


2. Jangan 'downgrade' majikan

Yang ni janganlah sesekali kita amalkan. Lebih-lebih lagi kalau cakap depan pegawai kamu. Hal ni bukan bermakna kamu kena setuju 100% walau ada kesilapan tapi sekurang-kurangnya jangan lancang bila bercakap. Kalau ada persoalan, utarakan dalam saluran yang betul. Bukannya mengomel sesama rakan praktikal sambil bergelak ketawa pasal majikan. Benda tu akan membuatkan kita jadi kurang adab. Jadi, kalau keliru, tanya pegawai ya. Bukan tanya rakan praktikal kita yang sememangnya 2X5 tak tahu.


3. Jangan naik lemak

Sangat bertuah kalau dapat majikan yang easy going, ramah dan spoting. Tapi ingat, baik macam mana sekali pun jangan sampai naik lemak dengan majikan. Kita perlu tahu batasan kita. Jangan la asal dia baik dengan kita, ajak sembang, ajak makan, ko dah over sampai naik lemak. Contoh naik lemak  macam ni:

Pegawai : Dah baca dah manuskrip tu?
Praktikal : Dah, kemudian saya tido. 

Ini realiti. Betul2 berlaku di tempat saya. Tak sepatutnya cakap macam tu pada pegawai. Nasib baik la bukan saya pegawai tu. Kalau saya, memang saya sekolahkan balik budak ni. Haha


4. Jangan tunjuk pandai

Lebih kurang sama dengan point kat atas, kalau tak tahu tu jangan la nak buat pandai. Tanyalah dulu baru buat sesuatu. Satu lagi, bila kawan praktikal tanya apa-apa tu mintalah dia rujuk pegawai, bukannya terus bagi jawapan yang sememangnya tak sahih lagi. Ni tidak, tunjuk pandai depan kawan walhal ilmu tu tara mana je pun.


5. Jangan 'shoot' pegawai

Yang ni dahsyat sebab saya yang kena. Haha. Mungkin sebab saya ni masih dalam golongan muda jadi beza antara saya dengan pelajar praktikal dalam 2-3 tahun. Tapi itu bukan alasan kamu nak over acting kononnya saya ni kawan kamu. Sebagai pelajar praktikal, jaga batasan dengan pegawai walaupun dengan pegawai muda.

Kalau nak bertanya, silalah tanya. Tapi janganlah datang ke meja saya semata-mata nak bercerita tentang kehebatan kamu semasa di universiti. Mulanya bercerita tentang pengalaman, kemudian bercerita tentang benda lain pulak. Siap nak downgrade lagi background study saya dan kawan saya. Kononnya bidang bahasa di UiTM dan UPM tidak sehebat U*M. Hey, masing2 ada kelebihan dan kelemahan okay jadi jangan tunjuk pandai.


Apa yang saya sampaikan ini anggap sebagai pesanan dan peringatan sahaja. Nasihat saya, jaga nama kamu dan nama institusi kamu dengan baik. Apa-apa yang kamu buat melambangkan kualiti institusi kamu.

Bukan saya nak kata bahawa saya cemerlang masa praktikal tapi saya kalau boleh buat sehabis baik untuk jaga nama baik saya dan UiTM. Pada mata penyelia ketika itu, wallahualam hanya Allah saja yang tahu macam mana. Tapi pada saya, saya dah buat sehabis baik dan termampu. Alhamdulillah sehingga sekarang saya masih lagi berhubung dengan pegawai saya semasa di Unit Komunikasi Korporat JPA Putrajaya. Selalu juga berjumpa di DBP sebab JPA dan DBP memang ngam. Hehe

Info tambahan, sesiapa yang berminat nak praktikal di DBP boleh la buat permohonan ya. Jom praktikal di bahagian saya. Hehe.

Jumpa lagi!

Nak spam gambar masa saya praktikal dulu hihi


Bersama Puan Najihah. Selalu nama kena assign tugas luar untuk media dan korporat dengan Puan Najihah. hehe


Bersama Encik Faizuri, handle event2 media


                                        
Bersama Cik Emmy, pegawai/penyelia saya masa di Paskom. Banyak ajar pasal penerbitan, korporat dan media. 



Wednesday, January 18, 2017

Hati-hati Parkir Kenderaan di KTM Salak Selatan

Assalamualaikum. Kali ni saya nak berkongsi kejadian yang berlaku pada diri saya sendiri. Kejadian ini berlaku pada hari sabtu 7 Januari yang lalu di KTM Salak Selatan.

Saya menasihatkan kepada orang awam untuk tidak meletak kenderaan anda di KTM Salak Selatan kerana ada satu kumpulan/sindiket yang buat kerja khianat pada kenderaan di sana. Hari tu saya nak masuk KL dan meletak kereta di situ dengan bayaran RM3/per day lebih kurang jam 2 petang.

Saya kembali lebih kurang jam 930 malam dan bila nak start enjin kereta, tak boleh start. Walhal saya yakin bateri okay dan saya baru lepas servis kereta 2 hari sebelum tu. Tiba2 ada seorang ni datang dan offer untuk bantu. Bila dia kata dia nak ambil alat2 dia, saya terus tolak dengan cara baik dan saya cakap saya dah call kawan saya (walhal saya tak sempat pun call sape2 sebab baru sangat jadi)

Masa tu saya dah mula syak. Dia keep on nak tolong. Try to hard sangat. dia cakap dia pomen la ada bengkel la. Tapi saya tetap tolak. Kemudian lepas dia balik, saya perasan kawasan parkir takde pengawal. Lengang takde orang. Jam dah pukul 10 dan KTM pun dah last train. Kemudian saya balik rumah dulu dengan bantuan orang lain sebab abang ipar saya akan datang esok.

Bila saya sampai rumah, memang saya ada google samada pernah ada kes macam ni di KTM Salak Selatan. Tapi, saya tak jumpa apa2 kes.

Esoknya abg ipar saya datang dan tengokkan kereta. Abg ipar sy pun tak pasti apa masalah sebab tengok semua ok. Jadi saya decide untuk minta tolong abang pomen yang servis kereta saya kelmarin. Abg tu setuju dan ikut sekali. Lama abang ni cari punca. Lebih kurang sejam. Macam2 benda dia syak sampai syak kunci kereta sebab saya baru tukar kunci baru.

Sampailah abang tu check bawah kereta, terus dia cakap ni ada orang sabotaj. Rupa-rupanya tali sensor kereta saya dipotong! Dipotong cantik ok. Macam guna cutter. Allah. Saya terus terfikir orang semalam. Nak tak nak memang kena ganti tali tu. Jadi dengan rasa sadis di tengah bulan ni saya meng-iakan aje untuk tukar. Abang pomen cakap dia tak syak benda ni yang punca sebab benda ni susah nak rosak. Dan memang orang aim benda ni sebab hanya tunduk bawah kereta dan potong!


tali sensor yang kena potong


Jadi, pengajaran di sini untuk masa depan, janganlah parkir kat sana lagi sebab saya yakin kerja khianat ni team2 yang melepak dekat KTM tu. Kalau nak tahu team yang mana, senang je korang pegi la KTM tu tengok ada geng2 satu warna ni duduk melepak sebelah post guard. Dan, guard pun duk melepak sekali ok!

Saya yakin kenapa? sebab petak saya parkir tu hanya 3 kotak sebelah post guard. Bukannya saya letak kat ceruk sampai orang tak boleh nampak. Satu lagi, masa saya sampai malam tu on the way pergi kereta, team2 tu ada lagi tengah melepak situ. Bila saya dah start kereta, saya perasan semua takde kecuali yang datang nak tolong saya tu. Semua dah balik agaknya. Mesti diorang potong pun waktu diorang kumpul kat situ kan?

Masa abang pomen tengah baiki pun, team2 dia ada tapi dalam 2-3 orang je termasuk guard. diorang tengok-tengok je saya dan senyum-senyum, Sakit hatinya rasa.

Untuk pengajaran masa depan kalau nak sangat naik KTM, minta la sape2 hantar ke KTM atau naik Uber je pergi KTM. Tak perlu la nak letak kereta situ walaupun motosikal. Saya kesal sebab saya bayar parking dan kawasan berpagar pulak tu. Bukannya saya parkir mana mana hala.

Ini semua pengajaran. Nasib baik saya dapat syak awal2 jadi saya tolak mamat tu untuk tolong saya. Kalau tak, mesti dia ketuk harga kaw kaw. Yela, komponen kereta ni mana la kita mahir sangat. Kalau setakat minyak, air bateri, minyak hitam ke boleh la lagi. Kalau dia kata komponen tu harga 500 pun mungkin kita percaya masa tu. Yela, masa tu kan tengah gelabah, malam pulak tu sibuk nak balik. Otak mesti kelam kabut tak dapat fikir elok2. Padahal dia dah tahu punca, Elok benda tu dalam rm200 je, dia letak harga sampai 500 macam tu. Bukan ke untung dia macam tu??

Hati-hati ok!






kereta saya bawah pokok tu, bukannya jauh  kan dari post guard????


Friday, December 30, 2016

Dua Ribu Enam Belas yang Terbaik

Salam semua. Lamanya tak menulis. Nanti kalau cakap "busy", bosan pulak alasan tu. Hehehe. Sebenarnya takde idea nak menulis walaupun kadang-kadang tu ada je benda nak tulis. Al maklum la banyak sangat halangan dalam hidup ni hehe.

Nampaknya ini entri terakhir untuk tahun 2016. Oleh itu, saya nak imbas kembali saat-saat atau peristiwa yang bernilai terjadi pada saya sepanjang tahun 2016. Kalau nak dikatakan, tahun 2016 ni merupakan tahun terbaik saya setakat ini. Lebih kurang ayat omputeh "the best of 2016". Nak tahu kenapa? Jom sambil baca sambil tumbuk sambal belacan. Eh! haha


1. Turun Berat Badan!

Eh dah tentulah ini sebab utama yang membuatkan saya lebih bersemangat sepanjang tahun 2016 ni.



satu je nak cakap. Bukan senang nak kurus woi! Saya akui memang susah gila. Tapi bila dah berazam tu kena la sungguh-sungguh. Pada Ogos 2015 berat saya 75kg dan pada Disember 2015 berat saya 60kg. Alhamdulillah saya dapat kurangkan 15kg masa ni. 

Ingat senang? Hahaha inilah salah satu benda paling gila saya buat. Tapi ok la. Walaupun berat saya masa menaip ni takde la 60kg dah. Dah terlebih 2-3kg. Ala tiba-tiba stress. Ok takpe azam tahun 2017 mesti nak dapatkan berat 60kg balik!

Jujurnya, disebabkan saya dapat bentuk badan yang ideal masa inilah yang membuatkan tahun 2016 saya sangat menarik! Serius tak tipu! Ahahaha. Nak tahu rahsia? Takde rahsia apa pun. Mungkin saya akan kongsi dalam entri tahun 2017 nanti. Hehehe.


2. Graduan Berbintang!

Semestinya apa yang membuatkan tahun 2016 ni menarik adalah tarikh keramat pada 24 April 2016 merupakan tarikh konvokesyen saya setelah 3 tahun berjuang. Walaupun saya dah tamat belajar setahun yang lepas pada tahun 2015, kepuasan konvo tu tetap ada (UiTM tangguh konvo batch saya) Hehe. 








Alhamdulillah saya dapat konvo on time dan yang penting ada bintang! Eheheh walaupun bintang tak banyak, saya tetap... mmmm tetap... ala tetap bangga la sebab ada bintang. Ingat senang nak jadi graduan berbintang?? Hahaha. Eh ada tak tahu pasal bintang ni? hehe.. Mmm macam ni la nak mudah cakap, Kalau ada bintang tu maksudnya best student la. makin banyak bintang makin best best best student, Hehehe. Bintang ni based on CGPA and CGPA 3.00 ke atas saja bergelar graduan berbintang. Haha gitu kisahnya, 


3. Kerjaya Tetap.

Orang kata rezeki tu ada tunggu masa je nak sampai pada kita kan. Seminggu selepas saya berkonvo, saya dihubungi oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bahawa temu duga saya berjaya dan saya terpilih! Alhamdulillah. Inilah peluang dan rezeki saya, Pada tarikh 10 Mei 2016 bermulalah kehidupan sebenar saya di muka bumi ini, Acecece. 





Sejujurnya, berkhidmat di organisasi yang besar dan berpengaruh ni sangat mencabar dan memegang amanah yang tinggi, Sebab apa? sebab kami berkerja untuk rakyat. Lagi satu, berkerja dalam bidang kita sendiri amatlah seronok, seronok dan seronok. Tak semua graduan dapat kerja mengikut bidang pengajian. Alhamdulillah, saya dapat menikmatinya, 


4. Dapat Anak Syurga!

Ini sebab yang sangat comel. Sebab apa? sebabnya, tahun 2016 ni saya dapat anak buah. Bukan seorang, dua orang sekali! Hahaha. Penantian sekian lama dalam keluarga saya. Akhirnya lahirlah anak buah yang pertama pada 20 Ogos 2016 iaitu puteri kami Annisa Miqaila manakala pada 11 Disember 2016 putera pula iaitu Muhammad Izzdiyad. Kegembiraan berganda-ganda!


Sorang hero sorang heroin. Elok la sangat kan. Cepat besar ok nanti boleh ikut acu pegi shopping. Eh? hahaha


Begitulah sikit sebanyak apa yang boleh saya kongsikan. Tak boleh kongsi lebih-lebih nanti orang bosan. Bukan apa, selebihnya itu biarlah menjadi privasi. Terima kasih juga kepada semua yang saya kenal selama ni. Kepada mereka yang buat kehidupan saya lebih bermakna. Terima kasih. 

Terlalu banyak suka duka sepanjang 2016 ni. Semestinya, 2016 akan dirindui selalu! Terima kasih 2016 sebab corak perjalanan saya tahun ni nampaknya positif. Hehe. 

2017 akan datang, kita akan tengok nanti. Terbaik atau tidak? In shaa Allah.