Wednesday, July 24, 2013

Kad Raya Pertama Tahun Ini ^_^

salam semua. hari ini kita sudah masuk hari ke 15 ramadan  .. maknanya lagi 15 hari sahaja yang tinggal untuk kita bersama-sama bulan ramadan tahun ni. hmmm...

zaman nak berbalas-balas kad raya ni dah lama meow tak buat. rasanya bila meow dah masuk sekolah menengah, meow dah tak rajin nak membeli, menulis, menempek stem dan beratur di pejabar pos untuk mengucapkan selamat hari raya. but, it is very special kalau zaman sekarang ni still ada yang masih berbuat begitu. kan ?

mana tak nya, tak semua orang rajin dah nak buat keje mengepos ni. tambahan lagi sekarang ni dah ada macam2 aplikasi yang lebih laju dan mudah. macam facebook, whastapp, wechat, line and so on. so meow amat amat amat menghargai usaha mereka yang mengepos kad raya ni..

oleh sebab itu, meow nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan blog meow iaitu blogger terkenal lagi kacak bergaya tu saudara Eqbal Zakaria sebab sudi mengepos kad raya beliau kepada meow.. tahun ni dah tahun kedua meow dapat kad daripada saudara Eqbal atau meow panggil abg Eq. harap2 panjang umur tahun depan nak lagi ye abg Eq. hehe

di samping tu, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim ye. meow pun rase nak buat jugak la. tapi tunggu la meow femes dulu ye. hahaha

ok apa kata follow blog saudara Eqbal Zakaria ni jum ! for real, he is very nice guy. you have my words ^_^


thanks again ^_^


Saturday, July 20, 2013

Jom Iftar Bersama-sama ^_^

salam semua. sehat belaka kan ? sekarang dah masuk ramadhan yang ke 11. sikit lagi nak raya. eh maknaya bulan ramadhan ni pun semakin berlalu. hmmm cepatnya..

hari tu meow dan rakan2 dah melawat cikgu2 kat sekolah. dan semalam kami setting baik punya untuk iftar sama2. alhamdulillah kami beriftar dengan jayanya.. mana taknya kalau dah total sampai RM240 .. semestinya berjaya ! hehe

tapi sangat berbaloi-baloi. tempat pilihan ialah Restoran Sunita. so apa lagi nak tak nak kena habiskan juga makanan. kami makan, rehat solat dulu then sambung makan. hehe.. rasa seronok dan meriah. kali ni lagi ramai yang join. kami seramai 16 orang. best kan ? hehe

lepas buka puasa dan selepas meninggalkan tulang sahaja di atas meja, kami gerak ke dataran. sembang2. buat bulatan macam dulu dan masing2 bercerita. aiii rindunya masa kat sekolah dulu ye.. hehe

so in shaa Allah kami akan plan next iftar lagi. seronok2.. jum tengok gambar !


kami reserve meja dan ini la panjang meja kami ! hehe


sementara tunggu yang lain sampai


setiap meja inilah menunya. gila kau tak heaven ? hehe


raja, razy dan meow. nampak tak muka kenyang meow tu ? mana taknya kalo sume makanan diorg tolak atas pinggan meow ! adehhhhh


hehe. ok meow tak jeles. hahaha





Wednesday, July 17, 2013

Lawatan ke Sekolah "BBST Kebanggaan Kami"

salam ramadhan semua. macam mana puasa ? hehe harap2 oke. banyak2kan lah amalan tu ye. bukan di bulan ni saje malah di bulan2 yang lain.

ok semalam meow dan rakan2 membuat lawatan ke sekolah. cewahhh lawatan ye. kami rapat dengan cikgu form6 kami. nak dikatakan setiap kali cuti kami akan setting time untuk kumpul ramai2 and pergi melawat cikgu2 kat sekolah.

bak kata jangan seperti kacang lupakan kulit, maka kami tidak akan sesekali melupakan kenangan dan tempat belajar kami sehingga berjaya masuk ke IPTA.  mana boleh lupa oh. tempat jatuh bangun kat sekolah tu.

semalam kami dalam 10 orang sebab yang lain ada hal rasenye. yang ada meow, nik, husain, raja, razy, tiqa, aten, rosa, anna, dan ecah. seperti biasa bila kami nak jumpa cikgu khir, mesti dia suruh masuk dalam kelas dan bagi talk kat student. hehe.. terasa macam motivator. bukan satu kelas tapi 2 kelas kena bagi talk. kering air liur. hehehe

oleh sebab cikgu khir ni cikgu bahasa Melayu meow, maka meow lah target utama dia suruh berucap dulu. adehhh cikgu cikgu. hehe.. tapi its okay. meow pun seronok berkongsi pengalaman dengan adik2 semua. hope dengan sistem baru diorang sekarang ni lagi menaikkan form6 di mata orang sekeliling.

meow rasa bertuah bergelar ex-form6. sangat2 bertuah. jasa form6 pada meow takan dilupakan. semalam sempat jumpa cikgu jun, cikgu illu, cikgu khir, cikgu rohani, cikgu wan, madam sharifah, cikgu azidah. tak sempat nak jumpa cikgu yang lain. takpe la ada rezeki nanti raya kita jumpa lagi. hehe

so, jangan sesekali lupa akan mereka yang pernah membantu kita selama ini. dengan itu, urusan kita semakin mudah. inshaa Allah. ^_^. nak tengok gambar ? jum  !


bekas KP beri talk. hehe


nik macam pendakwah bebas kat depan tu. haha


this is us. and meow the red one. hehehe


Thursday, July 11, 2013

Selesai Semester 2 & Ramadhan ya Ramadhan

Assalammualaikum sekalian. diharapkan sehat hendaknya ... kini sudahlah kita bersua dengan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Alhamdulillah dan syukur kerana masih diberikan peluang untuk bersua dengan bulan Ramadhan.

semester dua telah pun berlalu 5 julai yang lalu. apa yang meow boleh simpulkan tentang final exam itu hanyalah thumbs up sahaja.. nothing much. but why ? ntah la meow redha sahaja, takut memang ada..

okay lupakan kisah lama, sekarang kena tumpu kisah baru. we must not look back again right ? hehe..
meow juga mengambil tawaran oleh mak rakan meow untuk membantunya menyiapkan tugasan beliau. boleh la dapat upah sikit nak raya ni. in shaa Allah sehingga 20 julai ni. at least meow ada kerja nak dibuat. bukannya duduk saje kat rumah..

lagi pun, mak kawan meow ni sambung belajar kat UPM dalam bidang bahasa. so bertepatan dengan bidang meow juga iaitu bahasa. not a big deal. tak terlampau  susah bagi meow. cuma, pembelajaran bahasa di UiTM dan UPM sikit berbeza. tapi meow okay saje.. hehe

bulan Ramadhan kali ini membuatkan meow lebih matang. dan meow telah membuat beberapa keputusan yang positif dalam hidup meow. in shaa Allah akan berterusan. keputusan apa ye ? ehem ehem. hehe ada la. haha

orait geng, sampai ketemu ya ! jangan lupa sahur ! meow meow meow





lepas last paper. depan dewan ANNEX


dewan ANNEX yang sejuk. sampai demam meow, haha



habes paper 10.30, meow dan coursemate and housemate terus pergi pizzahut.. makan makan makan ! hehe

Monday, July 1, 2013

Antara Exam dan Demam

salam semua. sekarang da bulan julai ... dan sekejap lagi nak bertemu dengan bulan ramadhan... seronok rasenye ... dan sekarang ni meow tengah dalam mood final exam untuk semester ni ...

ape yang meow boleh katekan, it is hard dude ... so hard .. but i will try to do the best ... meow start exam dari 26 jun hari tu sampai la 5 julai ni.. sekarang tinggal 2 paper lagi ...
and yang paling best meow demam .. demam uolsss... heee.. bukanlah berbangga pulak dengan demam tengah2 exam ni.. but ni la salah satu dugaan.. 2 kali meow masuk dewan Annex tu nak jawab exam 2 kali la meow demam .. hebat Annex, hebat ! ekon die kuat sangat.. tak tahan cheqq..hehe...paper yang dah lepas ialah :

1. Analysis Constructive
2. Malay Culture & Cosmology
3. Malay Sociolingustics

hmmm.. alhamdulillah for those paper i've done well ... tapi tak tahu la ye berapa yang meow boleh score.. in shaa Allah boleh ... paper yang belum lepas lagi ialah :

1. Protocol & Social Etiquette will be held on this 3 julai
2. Malay for Specific Purpose will be held on this 5 julai

next paper di DRMM pulak.. oh DRMM janganlah engkau sejuk macam Annex.. please please pleaseeeee

so peoples, keep struggling for your examination ... and see ya ^_^