Wednesday, January 26, 2011

Once, Creepy.. Then Touched..

              Janji Kawan..


                          Inilah page view die yg sempat meow scan..


Teman2...
post kali ni meow na kongsi satu cerita yg amat menarik..cukup untk menggambarkan janji seorang kawan kpd kawannya.ini cerita seram 
dan meow ambil daripada buku koleksi seram meow iaitu bertajuk "Jangan Tutup Lampuoooo..."..cerita ini dikarang oleh Toopai. Baca dan hayati cerita ini..
 Amat menyentuh kalbu + sedeyh = apekah ? layaannnn..


       Kisah ini tidak dapat aku lupakan seumur hidupku. Maliki dan aku merupakan sahabat
 baik sejak kecil. Kami tinggal berdekatan dan berkawan dari darjah satu sehinggalah ke
 hari ini di mana kami belajar di kolej yang sama. Kami juga mempunyai hobi yang sama
 iaitu gemar mengikuti rombongan percutian. Selalunya kami mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh kak sharifah, pegawai tadbir kolej kami kerana ianya yang paling ekonomi 
(ta paham sgt ayat ni, mungkin pasal harga trip murah kowt). Setiap 4 bulan sekali kak
 sharifah akan menganjurkan rombongan percutian ke destinasi-destinasi menarik di 
dalam negeri.
       Kali itu kami berdua sepatutnya bercuti ke satu destinasi air terjun yang sangat popular
 di selatan tanah air. Namun malangnya di saat-saat akhir aku tidak dapat menyertainya 
kerana dijangkiti chicken pox. Apabila aku tidak pergi, Maliki pulak menjadi hilang minat
 dan dia juga tidak mahu pergi. ”Kau jangan jadi bodoh, kan ramai budak lain yang na pergi!”  marahku padanya. ”Ah !, tak samalah kalo kau takde !.boringlah nak explore sorang-sorang!”.”Iki, esok mak mak aku dah nak ambik balik rumah.kolej plak dah cuti.kau nak 
buat ape kat rumah kau ? kau jangan nak menggatal nak bazirkan yuran penyertaan tu. 
Kau pun tahu kan yg kak sharifah dah kata dari dulu lagi, batal last minute – no refund ! 
kita..!? Akhirnya setelah puas berbalah aku berjaya membuatkan Maliki menukar fikirannya.” Tapi, ada syaratnya ! Tiba-tiba dia tersengih bersuara. ”Kau kena bagi aku pinjam kamera
Nikon FM2 kau !” Mendengarkkan permintaannya aku pulak yang mengeluarkan alasan berbakul-bakul. yelah..Kamera tu kamera kesayangan aku. Setahun aku kumpul duit nak 
beli camera tu ! Tapi Maliki memang pandai memujuk,macam aku jugak… Akhirnya aku mengalah dan melepaskan kamera aku kepadanya. ”Kau jaga baik-baik kamera aku ni ! 
kalau tak, putus kawan tau !” Gurauku semasa menyerahkan kamera itu kepadanya. Maliki seperti biasa tersengih lebar dan mengenyit mata di sebelahnya. Rileks la Adnan, aku janji 
aku jage die dengan nyawa aku !”

         Esoknya Maliki bertolak ke destinasi percutian itu dengan 40 orang lagi pelajar dan pekerja kolej kami sementara aku dijemput ibu untuk balik ke rumahku di Kajang, Selangor. Memang bosan bila sakit seperti itu. Aku hanya duduk terperap sahaja dirumah. Maliki menelifonku sesampainya dia di sana. Air terjun tujuh tingkat itu memang indah katanya. Airnya begitu jernih berkilat. Ada kolam semula jadi sedalam 24 kaki di paras paling atas. Cemburu jugak aku mendengar ceritanya. “Kau jangan lupa, ambik gambar best-best cikit!” Aku mengingatkan. ”Itu mestilah ! kan aku ni kawan sejati kau! Kau tu je, jangan nangis dok 
kat rumah sorang2. Kehkehkehkeh !” sempat dia menyakat aku sebelum meletakkan telefon.

          Malam itu hujan renyai2. Angin bertiup sejuk tapi ianya tidak menolong aku untuk lena. Terpusing-pusing badan aku di atas katil bujang itu tapi mata aku tamau juga tutup. Entah kenapa. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Penghuni rumah aku lainnya semua sudah lena dibuai mimpi. Akhirnya aku bangun dan menghidupkan komputer untuk bermain game. Rumah aku separuh kayu saparuh batu. Bilikku terletak di tingkat bawah. Sedang aku asyik bermain game tiba-tiba tingkap bilikku diketuk orang. Aku mengagak itu mesti kawan-kawan yang tidak boleh tidur juga. Member-member baik aku termasuk maliki yang tinggal berdekatan selalunya akan mengetuk cermin tingkap aku apabila mereka tidak boleh tidur 
dan ingin mengajak aku keluar minum. Aku bingkas bangun dan menyelak langsir. Tiada sesiapa ! aku geleng kepala… Ni kalau bukan Sharul, msti Sham. Diorang berdua ni memang suka menyakat . Aku buat tak peduli dan dudik kembali. Tiba-tiba aku aku rasa seram sejuk semacam. Langsir yang menutupi tingkap aku melayang-layang ditiup angin.

         Dan pada masa yang sama telefon di bilik aku tiba-tiba bordering. Apabila aku mengangkatnya terdengar suara sayup-sayup suara Maliki. “Adnan…aku da simpan simpan kamera kau bawah batu tepi pokok meranti. Aku tinggalkan takut basah tapi aku tak dapat 
nak ambik balik. Maafkan aku…ka..kaki aku tersangkut kat akar…” dan dengan tiba-tiba juga talian itu terputus.  Hati aku berderau. Apa yang telah terjadi kepada maliki ??

            “APA ? !!” aku hampir terjatuh bila mendengar kata-kata Kak Sharifah bila aku menelifonnya dan memberitahu pengalaman aneh aku itu. Maliki rupanya hilang sejak 
petang semalam. Dia katanya ingin berjalan-jalan mengambil gambar tetapi tidak pulang-pulang hingga malam. Mereka masih mencarinya ketika itu. Aku beritahu Kak Sharifah apa yang aku dengar daripada telifonku. Esok paginya pasukan penyelamat menjumapai mayat Maliki dari dalam kolam air terjun di paras paling atas. Mayatnya dijumpai tersangkut pada akar di kedalaman 15 kaki bawah air. Sama seperti yang dikatakan kepada aku !! Maliki dikatakan mati lemas sejak petang semalam. Dia disyaki tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam tersebut semasa ingin membasuh kakinya yang terpijak selut.. Kesan tapak kaki berlumuran selut juga dijumpai beberapa batu berhampiran dengan kolam  air terjun itu.. Mereka juga turut menjumpai kamera aku yang terbungkus elok di dalam plastik di balik 
batu berdekatan dengan pohon meranti berhampiran  kolam air terjun itu. Maliki sememangnya telah menjaga kamera aku dengan nyawanya..

          Tiga tahun telah berlalu semenjak kematian Maliki namun, hingga sekarang aku tidak dapat melupakan panggilan telefon malam itu serta kesan selut yang aku temui pada simen 
di luar bilik aku keesokan harinya… Semoga ALLAH mencucuri  rahmat ke atasnya..sekian..


Macam mana ?
Pada meow, cerita ni sangat menarik kerana si penulis pandai bermain dengan due emosi iaitu perasaan seram dan perasaan sedih..
Setelah baca hasil nurkilan Toopai ini pada tahun 2000 dahulu, meow hampir jadi “drama queen” (ratu ayer mata) hahaha  !!! bese la dulu kan ta matang lagi..
Tapi bila baca balik tahun 2011 ni, perasaan yg same datang balik (tapi ayer mata tarak kuar meyh !)
Jux sedih dan terkenang janji seorang kawan..
Thx untuk sesiapa yg sudi luang masa menelaah post meow kali nie ! thx !

*meow pon seram sejuk sebab waktu meow taip kisah ni jam pukul 12.oomalam..
wee !!


Tanyalah diri anda, adakah anda seorang kawan seperti Maliki ?

7 komen pembaca awesome:

Naquira said...

hmm.... itu je saya nk taip

ye,mmg sukar nak cri kawan yg menepati jnji
lgpun,sy sndri tak byk sifat menepati tu.

DAN if ada pun kwn mcm tu..
tentu mslh tak timbul.

p/s: kerana janji boleh dijual beli ;)

tashatusyut said...

i like...=)
mmg ssh nak dapt kawan mcm maliki...
tp lau ade pon,kite xkan sedar....then,bile kite sedar,org 2 da xde kt cc kite lg...
hmmm=(

Meow Aizawa said...

cerita ni pd dasarnye ta la menarik sgt..tpi aku tertarik dgn mesej ciyenyer..bile aku kenang balik, bole terharu kowt ! btw thx ni ! hihii

Meow Aizawa said...

betul tu tasha..kalo ade pon kite ta sedar..bile da tade baru sedar kan ?
so hargai lah kawan2 kita ea..hehe

Naquira said...

terharu plus seram.dah la aku nk tido jap lg,baca kisah kau ni..adui,mguji btul

Naquira said...

aik,tu gambar sape kat bawah skli tuu?ohhh
makweee...hahahha

mar ismail said...

hahhaha.. :)