Saturday, January 29, 2011

Misteri Volkswagen kuning

Hye sume !
kali ni meow nak kongsi dengan kamu sume tentang kesah misteri 
kereta Volkswagen Kuning yg pernah mengemparkan negara 
tak lama dulu.meow nak kongsi cikit bukan ape, kesah ni betul2 buat
bulu roma naek. Apabila difilemkan, lagi bertambah seram.. Cerita 
ni selalo disiarkan kt astro citra lately. Meow pulak tgk sorg 
waktu malam. Gile ke hape ! haha.. Muzik latar saje meremangkan
bulu2 segale yg ade. (ahak ! bulu ?? !! )
tambah lagi dgn pelakon mantap2 spti zamarul hisham.
ery putra, ben ngasri, janet khoo, sharifah shahira n ejoy..
Tapi time tu dowank sume keding2 lgi.. Kdg2 lawak plak tgk 
muke dowank time mude2..hahahaha ! tapi mmg seram arh ! haha








*hati2 la korank bile nmpk Volkswegan ni malam2 kt lebuhraye tu..
doa byk2 ! huhu


-selanjutnye..

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu,
 yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang.
 Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan
 raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih 
belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan
 yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen 
kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan 
yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah 
kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya 
dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning
milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara
untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, 
jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat
orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar 
jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya 
pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan
secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan
gangguan Volkswagen kuning. 


* agak2 ade lagi ke kereta ni ? wee ~~







0 komen pembaca awesome: